Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini telah mengumumkan penangguhan semua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ke tahun 2021 susulan peningkatan kes wabak COVID-19 di beberapa negara.

Perlawanan pusingan kedua yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober dan November 2020 tidak dapat diadakan kerana terdapat beberapa negara masih mengenakan sekatan perjalanan bagi membendung penularan wabak pandemik itu.

Menurut kenyataan rasmi daripada AFC, keputusan penangguhan itu terpaksa dibuat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua pemain serta pegawai pasukan. Mereka akan bekerjasama dengan pemegang taruh dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memantau situasi semasa.

Bagaimanapun, jadual baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat setelah mendapat maklum balas daripada semua negara anggota.

Ia juga bermakna semua perancangan skuad Harimau Malaya untuk tahun ini kemungkinan dibatalkan kerana tiada kejohanan antarabangsa yang perlu diharungi lagi selepas saingan Piala AFF Suzuki 2020 turut ditangguhkan pada tahun depan.

Namun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada badan pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) mengenai status perjalanan liga domestik sama ada perlu bermain semua perlawanan pusingan kedua atau kekal dengan format separuh musim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Letupan Beirut Dan Wabak COVID-19 Halang Khalil Khamis Pulang Ke Pahang

Ada Pihak Mula ‘Panas Bontot’ Selepas Isu ‘Double Contracts’ Pemain Jadi Bualan Hangat

Singa Utara Bakal Beraksi Di Liga M3 Musim Depan?