Bayern Munich sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak menerima perletakan jawatan Hansi Flick. Pengurus tersebut secara terbuka menyatakan bahawa beliau akan pergi selepas tamat musim ini dan sudah menghantar surat perletakan jawatan.

Flick dikaitkan dengan jawatan pasukan kebangsaan Jerman menggantikan Joachim Low yang akan meninggalkan Die Mannschaft selepas tugasan Euro.

Nama Nagelsmann memang antara yang hangat diperkatakan bakal menggantikan Flick. Namun Bayern segera membuat penafian. Mereka menyatakan masih mahukan Flick kekal.

Tetapi hari ini Kickers melaporkan bahawa Nagelsmann telah meminta penamatan kontrak dari RB Leipzig. Dan beliau hangat dikatakan bakal menerima tawaran daripada Bayern Munich.

Ini bukan kali pertama Nagelsmann dikaitkan dengan Bayern namun sebelum ini beliau menyatakan masih belum bersedia untuk tugasan sebesar itu.

Selepas menguruskan Leipzig mungkin keyakinan Nagelsmann sudah bertambah.

Nagelsmann mulai menjadi perhatian media selepas kecemerlangan beliau bersama Hoffenheim pada usianya yang sangat muda.

Nagelsmann pernah mendapat pujian daripada pengurus seperti Jurgen Klopp dan Pep Guardiola kerana taktikal beliau yang sangat bagus.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Solskjaer Tetap Gembira Dan Bangga Walaupun Tak Menang

Piala Carabao: Tandukan Kejuaraan Laporte Buat Spurs Terus Derita Kemarau Piala Major

https://www.vocketfc.com/wp/wp-admin/post.php?post=67348&action=edit