Skuad kebangsaan bawah 23 tahun Myanmar disahkan menarik diri dari kejohanan AFF U23 2022 di Kemboja selepas ramai pemain mereka positif COVID19.

Walaupun pihak pasukan Myanmar telah menjalani ujian sebelum dan selepas tiba di Kemboja, bilangan kes positif dalam skuad negara itu semakin ramai dan keputusan menarik diri diambil untuk meminimakan risiko jangkitan.

Menurut kenyataan rasmi dari pihak penganjur, pemain dan pegawai pasukan yang dikesan sebagai kontak rapat juga turut diletakkan dalam isolasi untuk pemerhatian lanjut.

“Dengan dukacita dimaklumkan bahawa pasukan bawah 23 tahun Myanmar terpaksa menarik diri dari kejohanan AFF U23. Kami memahami pasukan Myanmar teruja untuk memulakan kempen dan penyokong mereka untuk menyaksikan pasukan beraksi.”

Bagaimanapun, kepentingan tahap kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat lebih utama, kami faham dengan keputusan yang telah diambil ini. Kami harapkan semua yang terlibat akan sembuh dengan cepat.”, Presiden AFF, Major General Khiev Sameth.

Pasukan Myanmar asalnya dijadualkan untuk turun bertemu Malaysia pada jam 5 petang hari ini bertemu Malaysia dan jadual perlawanan yang baharu akan dikemaskini dengan segera.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TERKINI: 7 Pemain Positif COVID19, PSSI Sahkan Indonesia Tarik Diri Dari Kejohanan AFF U23 2022

TRW Kelantan Mohon Tarik Diri Dari Kejohanan Piala Belia 2022, Faktor Kewangan Jadi Punca Utama

Penyerang ‘Form 5’ Sekolah Tinggi Jepun Ini Dipanggil Untuk ‘Trial’ Di Bayern Munich Selama 2 Minggu