Impian PSG dan Manchester City untuk mendapatkan Lionel Messi sudah berkubur. Ini apabila Messi mengesahkan bahawa beliau akan terus kekal bersama dengan Barcelona.

Tahun lalu Messi meminta Barcelona melepaskannya secara percuma. Namun Barca tidak mahu melepaskan Messi meskipun Messi cuba menggunakan klausa khas.

Di mana dalam klausa tersebut, selepas usia Messi 32 tahun, beliau boleh berpindah secara percuma pada akhir musim.

Tetapi Barcelona melarang perpindahan Messi kerana mereka menegaskan bahawa klausa itu hanya terpakai pada bulan Jun setiap tahun. Messi menjadikan alasan, perubahan garis masa liga kerana covid sepatutnya menjadi pertimbangan kepada keputusannya.

Barca tidak berganjak dengan keputusan mereka dan mahu kelab yang mahukan Messi membayar klausa pelepasan €700 juta.

Messi kemudian kekal dan ramai yang menjangkakan bahawa, selepas kontraknya berakhir hujung musim ini, Messi akan meninggalkan Barca dengan Manchester City dan PSG paling hangat dikaitkan dengan Messi.

Kegagalan dalam UCL dengan dimalukan Bayern Munich dilaporkan antara sebab yang membuatkan Messi mahu pergi. Ini ditambah dengan cara Barcelona melayan rakan baiknya Luis Suarez dengan teruk ketika mahu pemain itu pergi mencari kelab baharu.

Messi pada hari ini memberitahu wartawan beIN Sports Achraf Ben Ayad bahawa beliau akan terus kekal di Barcelona.

https://twitter.com/ReshadRahman_/status/1396054122625998849

Keputusan Messi untuk kekal itu sangat menggembirakan peminat. Dengan Sergio Aguero sebelum ini menegaskan bahawa beliau mahu menyertai Barcelona kerana ingin bergandingan bersama Lionel Messi.

Kini Messi berpotensi meluangkan seluruh kariernya bersama dengan Barcelona.

Baca juga artikel

TERKINI: Barcelona Dan Aguero Capai Kesepakatan, Depay Menyusul

Maguire Tak Dapat Beraksi Final UEL, Masih Tak Dapat Berlari

TERKINI: Kane Ingin Berpindah Ke Kelab Bermain UCL, Mahu Jadi Setaraf Messi Ronaldo