Fabrizio Romano mengesahkan bahawa PSG dan Lionel Messi sudah mencapai kesepakatan. Dan pemain itu bakal diperkenalkan sebagai pemain PSG secara rasmi dalam masa terdekat.

Kontrak tersebut dilaporkan 2 tahun. Dengan ada opsyen untuk dilanjutkan sehingga Jun 2024.

Lionel Messi akan menerima gaji €35 juta semusim termasuk bonus. Ini bermakna Messi akan menerima gaji sekitar €577,000 seminggu bersamaan dengan RM2.86 juta seminggu.

Messi buat masa ini tidak berada di Paris. Beliau diwakili oleh ayahnya, selaku ejen yang berunding dengan PSG.

Ada beberapa perkara lagi masih dibincangkan termasuk hak imej dan beberapa terma lain berkaitan tajaan.

Meesi merupakan bintang nama besar keempat yang ditandatangani PSG secara percuma selepas Wijnaldum, Sergio Ramos dan Gianluigi Donnarumma.

Agak ironi, kerana sebelum ini Ramos mengusik Messi memintanya datang ke Madrid. Ramos ketika itu memberikan pandangan tentang kemungkinan Messi akan meninggalkan Barcelona dan La Liga.

Menurut Ramos, Messi adalah nama penting untuk La Liga dan juga perseteruan el clasico. Akhirnya Ramos dan Messi masing masing gagal memeterai kontrak dengan dua kelab gergasi Sepanyol itu.

Dan kedua duanya akhirnya bergabung di PSG bermain di Ligue 1.

Baca juga artikel

Tanpa Berselindung, Bayern Akui Berminat Dengan Haaland

Barcelona Mahu Mahkamah Halang Perpindahan Messi Ke PSG

Barcelona Tawarkan Coutinho Ke Everton, Namun Ditolak