Lionel Messi dilaporkan telah mencapai kesepakatan kontrak baru lima tahun dengan Barcelona, ​dengan dengan pengurangan gaji yang agak banyak.

Messi menjadi ejen bebas ketika kontraknya dengan Barcelona tamat pada 30 Jun lalu. Fabrizio Romano menyatakan bahawa, tiada keraguan bahawa Barcelona sentiasa menjadi pilihan utama Messi.

Selain dilaporkan menunjukkan minat pada Paris Saint-Germain dan Manchester City setelah pernah menyuarakan niatnya untuk meninggalkan kelab yang dia telah menghabiskan masa 20 tahun.

Perjanjian penyerang sebelum ini adalah €501 juta selama empat tahun – menjadikannya pemain bola sepak dengan gaji paling tinggi. Perjanjian barunya dilaporkan jauh kurang daripada angka tersebut. Tetapi harus menunggu sehingga kelab membuat beberapa perpindahan pemain dan mengurangkan gaji yang dibayar.

Diario Sport melaporkan bahawa Messi sanggup menerima pengurangan gaji sekurang kurangnya 50% daripada pendapatan sebelum ini.

Terdapat kerisauan Barcelona akan terlepas Messi kerana menjangkakan pemain itu mahukan gaji lebih tiggi ataupun sama dengan yang dia dapat seelum ini.

Namun cintanya kepada Barcelona dilaporkan membuatkan Messi sedia menerima gaji yang jauh lebih rendah, dan kelab setuju memberikannya kontrak sehingga 5 tahun.

Ini bermakna Messi akan kekal di Barcelona sehingga usianya 39 tahun.

Barcelona mempunyai hutang lebih dari €1 billion. Impak daripada perbelanjaan terlalu tinggi ke atas beberapa pemain seperti Coutinho, Dembele dan Griezmann termasuk dengan terpaksa bermain di stadium kosong sepanjang tempoh pandemik telah membuatkan kewangan mereka tenat.

Peraturan liga Sepanyol membataskan perbelanjaan sebuah kelab kepada peratusan pendapatan kelab.

Walaupun peraturan tersebut diberikan sedikit kelonggaran pada kali ini kerana impak ekonomi semasa kepada kelab, namun Barcelona tetap diminta untu memotong sekitar €200 juta kos operasi semasa kelab mereka untuk mendaftarkan pemain baru, atau lebih tepatnya untuk mendaftarkan semula Lionel Messi.

Messi, 34, memenangi trofi utama pertamanya bersama pasukan kebangsaan Argentina pada hujung minggu lalu di Copa America. Dia kini sedang bercuti bersama keluarganya dan akan bergabung semula dengan Barcelona pada pra musim ini.

FBL-2021-COPA-AMERICA-ARG-COL-da6ee1a1bdd37df436b42c830a4516cd

Messi bergabung dengan akademi kelab pada tahun 2000 dan telah bermain 778 perlawanan untuk Barcelona, ​​memecahkan rekod penampilan Xavi Hernandez musim lalu.

Beliau menjaringkan 672 golnya dijaringkan adalah rekod kelab dan dia telah membantu Barca memenangi 10 gelaran La Liga dan empat gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Baca juga artikel

Warkah Perpisahan Donnarumma: “AC Milan Selamanya Di Hatiku”

Rakaman Audio Florentino Perez Kutuk Raul Dan Casillas Sebagai Penipu Terbesar

Man City Beritahu Barcelona Mereka Tak Minat Beli Griezmann