Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejohanan TM Piala Malaysia 2020 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau yang mungkin akan mengundang emosi pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam industri bola sepak di Malaysia ketika ini.

“Minta maaflah kepada peminat-peminat bola sepak. Setelah dibentang oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan merasakan bahawa pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton, tetapi kerana ianya akan menyebabkan berlaku sentuhan dikalangan pemain-pemain.”

“Dan mereka agak lebih merbahaya kerana berpeluh, basah dan persentuhan itu boleh dianggap merbahaya kepada keadaan biasa.”

“Kalau badminton walaupun ada pertandingan (perseorangan) misalnya, tiada persentuhan, tapi kalau bola memang tidak boleh dielakkan untuk bersentuhan.”

“Jadi, (Kementerian Kesihatan) oleh kerana ia agak merbahaya, tambahan pula setiap negeri telah ada PKPB kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sahaja sedang negeri lain sudah ada dan kita tidak benarkan ada pertandingan, maka mesyuarat membuat keputusan bahawa untuk pertandingan Piala Malaysia, kita bersetuju untuk ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan nanti.”

“Kepada peminat bola sepak minta bersabar, InsyaAllah, kita sama-sama mematuhi SOP, Kementerian Kesihatan sedang melakukan yang terbaik, frontliners dan keselamatan sedang melakukan yang terbaik untuk memutuskan rantaian ini melalui tindakan-tindakan pematuhan SOP.”

“Kalau kita dapat kurangkan dengan cepat kes yang berlaku, kita akan kembali seperti biasa dan pertandingan boleh diadakan tanpa penonton sekalipun.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Safawi Rasid Dalam Senarai Pemain Simpanan, Netizen Malaysia Teruja Menyaksikan Debut Berdepan FC Porto

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

8 Jenama Sukan Antarabangsa Berebut Hak Penajaan Kelengkapan Skuad Kebangsaan Thailand