Legenda bola sepak, Diego Maradona menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya 60 tahun.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ejennya Matias Morla kepada ESPN Argentina.

Maradona sebelum ini dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Pembedahan itu disahkan berjaya pada November lalu.

Berita sedih itu sangat mengejutkan dunia bola sepak. Kerana dunia kehilangan legenda yang tidak ada gantinya.

BeIn menyatakan bahawa, langkah itu diambil untuk mengeluarkan darah beku daripada bahagian otak beliau.

Doktor peribadi Maradona iaitu Dr. Leopoldo Luque turut mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut.

Namun Luque ketika itu membayangkan bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang prosedur itu. Dr Leopoldo berkata:

“Saya akan melakukan pembedahan ke atas beliau. Ini adalah pembedahan rutin.”

Sebelum itu Maradona dimasukkan ke hospital. Dan dikatakan tidak ada perkara yang serius menimpanya. Membuatkan beliau terpaksa melupakan tugasannya seketika.

Maradona memang kerap dimasukkan ke hospital kerana kondisi kesihatannya yang agak membimbangkan.

Maradona, yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan arak yang menjadi punca kenapa beliau seringkali berdepan dengan masalah kesihatan.

Malah, sebelum ini Maradona pernah mengalami dua serangan jantung dan dijangkiti hepatitis. Mardona terus berjuang melawan penyakitnya.

Pemenang Piala Dunia 1986 itu baru sahaja meraikan ulang tahunnya yang ke-60 beberapa minggu lalu.

Maradona dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Beliau seringkali dibandingkan dengan Pele sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

https://youtu.be/JLVmBJEzXhk

Beliau mengetuai Argentina dan Napoli menggapai kegemilangan di dalam sejarah bola sepaknya. Beliau terkenal dengan gaya permainan yang lincah dan ketajaman di hadapan gol.

Selamat tinggal selamanya legenda!

Baca juga perkembangan lain

UCL: Giroud Masuk Dan Menjaringkan Gol Kemenangan Masa Kecederaan

UCL: Man United Balas Dendam Dengan Menghancurkan Istanbul Basaksehir

Guardiola Mahu Grealish Dan Messi