Nama Kylian Mbappe terus menjadi perhatian kelab kelab besar di Eropah.

Pemain yang masih belum melanjutkan kontrak dengan PSG itu kian hangat dikaitkan dengan Real Madrid. Mbappe memasuki tahun akhir kontraknya dan boleh ditandatangani secara percuma untuk musim hadapan.

Terbaru, koresponden James Olley melaporkan bahawa Manchester United kini menjadi kelab terbaru yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Perancis itu.

Mbappe diletakkan dalam senarai bintang nama besar yang dimahukan oleh Red Devils pada perpindahan musim depan.

Selain itu, James Olley juga menegaskan bahawa, jendela perpindahan di Old Trafford masih belum ditutup. Kerana Ole Gunnar Solskjaer ketika ini masih memburi pemain tengah defensif dan juga bek kanan. United masih ada 11 hari lagi dalam usaha mereka memburu pemain pemain yang mereka mahukan.

Walaupun musim ini baru sahaja bermula, Ole Gunnar Solskjaer sudah menghantar draf pemain yang beliau mahukan pada musim hadapan.

Solskjaer mencari pengganti yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Edinson Cavani yang kemungkinan akan kembali ke Liga Argentina menyertai Boca Juniors.

Selain daripada nama Mbappe, Solskjaer turut masih berminat dengan Erling Braut Haaland dari Borussia Dortmund.

Namun buat masa ini, Real Madrid terus dikatakan pendahulu persaingan dalam mendapatkan Mbappe. Malah Real Madrid terus memantau pemain itu dalam projek khas yang digelar Projek Mbappe – yang merujuk kepada usaha mereka mahu membawa pemain itu ke Bernabeu.

Kylian Mbappe dikatakan pemain yang lebih menggemari La Liga berbanding dengan England.

Malah James Olley turut menyatakan bahawa ketika ini, Mbappe lebih cenderung kepada perpindahan ke Real Madrid jika beliau pergi secara percuma musim hadapan.

PSG masih belum mengalah dan masih cuba meyakinkan pemain yang mereka beli dengan nilai €180 juta dari Monaco pada 2018. Amat sukar untuk mereka menelan hakikat pemain itu pergi secara percuma.

Baca juga artikel

Borussia Dortmund Tak Jadi Pakai Jersi Ketiga Puma Yang Dikecam Peminat

Kelayakan UECL: Spurs Dikejutkan Pacos De Ferreira Di Portugal

6 Kelab La Liga Pakai Jersi ‘Kosong’ Kerana Larangan Tajaan Syarikat Judi Bermula Musim Ini