Wartawan The Times, Martyn Ziegler telah melaporkan secara eksklusif bahawa Manchester City kini berdepan dengan pertuduhan pelanggaran Financial Fair Play ataupun FFP oleh Liga Inggeris.

Menurut sumber yang sama lagi, City didapati melakukan beberapa siri kesalahan dalam pengurusan kewangan mereka.

Ini termasuk kegagalan City menyatakan laporan kewangan yang tepat sejak 2009 lagi.

Sebelum ini City disiasat kerana memalsukan beberapa butiran kewangan terutama sekali melibatkan tajaan.

Di mana ada beberapa nama syarikat penaja adalah tidak wujud atau hanya wujud sebelum penyata kewangan mereka dikeluarkan.

Jadi, pada masa itu Manchester City dituduh telah melakukan kesalahan menyatakan jumlah tajaan secara tidak tepat dengan kebanyakkannya dinyatakan secara berlebihan.

Ianya membawa kepada penggantungan Man City daripada pertandingan Eropah pada musim ini.

Namun City berjaya melawan kes tersebut dan menang. Mereka kembali semula ke kancah bola sepak Eropah dan mengelak daripada larangan pada jendela perpindahan pemain.

Itu bukanlah pertama kali City berjaya melepaskan diri daripada dakwaan berkaitan salah laku kewangan. Beberapa tahun lalu mereka pernah didenda oleh UEFA kerana kes serupa.

Tetapi City berjaya membuktikan mereka tidak bersalah dan wang denda itu dikembalikan kepada mereka.

Pada hari ini, The Times melaporkan bahawa, kelab itu kembali berdepan dengan dakwaan salah laku dalam pengurusan kewangan.

Manchester City bakal berdepan dengan hukuman yang sama yang mereka pernah elak sebelum ini kerana salah laku FFP.

Di mana mereka berpotensi dilarang mendaftarkan pemain baharu, melanjutkan kontrak pemain dan juga berpotensi dilarang beraksi dalam UCL.

Ziegler menambah, City kini disiasat melibatkan kira kira 100 tuduhan. Jika dibuktikan bersalah, mereka juga bakal berdepan hukuman pemotongan mata dan turut berisiko disingkirkan dari EPL sekalipun.