The Telegraph UK melaporkan bahawa Man United berpuas hati dengan hasil kerja Ole Gunna Solskjaer buat masa ini. Dan kelab sedia menawarkan kontrak 3 tahun kepada legenda United itu.

Ianya bakal menjadi jasa terakhir Ed Woodward bersama United. Kerana selepas ini beliau akan melepaskan jawatannya secara penuh.

Solskjaer berjaya membantu United menamatkan EPL dalam kelompok 3 teratas dalam dua musim terakhir serta mara ke final UEL – walaupun tewas.

Solskjaer meminta 4 pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang. Dan kelab sedia untuk memberikan sokongan dana seperti yang beliau minta.

Solskjaer sebelum ini berjanji akan membawa semula EPL ke Old Trafford. Dan beliau sedang dalam proses membentuk pasukan yang kuat.

Beberapa nama dikaitkan dengan United termasuk Harry Kane, Declan Rice dan juga Jadon Sancho. Tidak kurang juga rumors yang mengaitkan kepulangan semula Cristiano Ronaldo.

Selain itu, Man United turut dalam proses perbincangan dengan Bruno Fernandes untuk perlanjutan kontrak pemain tersebut.

Prestasi cemerlang Fernandes menjadi kunci kepada tawaran kontrak tersebut. Fernandes dijangka akan menerima gaji GBP200,000 seminggu.

Fernandes menjadi tunjang utama pasukan Solskjaer. Beliau juga menjadi kapten United pada aksi final UEL yang lalu.

Seterusnya United masih berunding dengan Paul Pogba untuk kontrak baharu. Dan United dijangka akan melepaskan beberapa pemain mereka terutama sekali di posisi penjaga gol.

Baca juga artikel

Ramos Terima Keputusan Enrique

TERKINI: Spurs Adakan Rundingan Untuk Bawa Pulang Mauricio Pochettino

TERKINI: Zinedine Zidane Mahu Letak Jawatan Serta Merta