Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah menolak kemungkinan untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo pada minggu terakhir perpindahan.

Ronaldo telah memberitahu Juventus tentang niatnya untuk meninggalkan kelab dan ejennya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Manchester City.

Ronaldo sebelum ini mahu melihat beberapa potensi pilihan di dalam kariernya. PSG sudah menarik diri daripada mendapatkan Ronaldo.

Jorge Mendes menawarkan Cristiano Ronaldo ke Manchester City setelah pasukan itu gagal mendapatkan Harry Kane baru baru ini.

Namun terbaru, Man United yang sebelum ini tidak berminat untuk menandatangani semula Ronaldo, mengesahkan bahawa mereka sedia bertarung dengan City untuk legenda kelab mereka.

Solskjaer mengakui bahawa dia tidak menyangka Ronaldo akan meninggalkan Juve musim panas ini dan mengatakan bahawa legenda United itu ‘tahu bahawa kita sentiasa ada di sini’.

“Saya tidak menyangka Cristiano akan keluar dari Juventus,” kata Solskjaer. “Dan sudah menjadi spekulasi pagi ini dan beberapa hari terakhir.”

“Kami sentiasa berhubung dengan baik. Saya tahu Bruno [Fernandes] telah berbicara dengannya juga dan dia tahu apa yang kami rasakan tentang dia.”

“Dan jika dia akan meninggalkan Juventus dia tahu kami ada di sini.”

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Jorge Mendes turut berbincang dengan Manchester United untuk perpindahan Ronaldo.

Sebelum ini Mendes dianggap sangat berkerja keras untuk memastikan City tertarik mendapatkan Ronaldo.

City yang masih belum membuat sebarang bidaan rasmi sudah berbincang soal terma peribadi — dan ianya diperstujui Ronaldo.

Juventus terpaksa melepaskan pemain itu dengan berat hati. Kerana mereka lagi tak sanggup melepaskan pemain itu percuma.

Juventus berharap mereka mendapat EUR30 juta daripada perpindahan Ronaldo.

Baca juga artikel

Bidaan Kedua €180 Juta Untuk Mbappe, PSG Tuduh Real Main Pintu Belakang

Rooney Tak Nampak Perpindahan Ronaldo Ke City Akan Berlaku

TERKINI: Ronaldo Setuju Syarat Sertai Man City