Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Manchester City dilaporkan sudah menari diri daripada persaingan mendapatkan Cristiano Ronaldo,

Koresponden Simon Stones melaporkan bahawa, Man City sebelum ini hanya meletakkan Ronaldo dalam senarai kemungkinan untuk dipertimbangkan. Memandangkan Ronaldo mahu keluar dari Juve, dan City terlepas peluang mendapatkan Harry Kane.

Jorge Mendes sebelum ini bercakap dengan beberapa kelab untuk Ronaldo. PSG kemudiannya menarik diri daripada mendapatkan Ronaldo, nama Man City mulai menjadi kelab yang dianggap destinasi baru Ronaldo. Ini ditambah kuasa ekonomi yang dimiliki kelab itu.

Tetapi City akhirnya menamatkan sebarang minat mereka ke atas Ronaldo.

City Xtra turut mengesahkan bahawa kelab mereka tidak akan mendapatkan Ronaldo. Setelah beberapa hari ini, Jorge Mendes cuba meyakinkan Man City untuk menghantar bidaan kepada Juventus.

Pada hari ini, Manchester United tiba tiba menyatakan bahawa mereka juga berminat untuk membawa pulang legenda kelab mereka itu ke Old Trafford.

Dalam sidang medianya, Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Saya terkejut dan tak sangka Ronaldo akan meninggalkan Juventus. Ianya banyak dilaporkan dan banyak spekulasi.”

“Namun jika dia benar benar meninggalkan Juventus, cuma nak bagitau dia bahawa kami sentiasa ada di sini.”

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa United dan Jorge Mendes mulai bercakap tentang Ronaldo semalam. Kelab itu kemudian mahu memastikan bahawa legenda mereka itu tidak sesekali menyarung jersi kelab seteru sebandar mereka.

Dan hari ini, Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Man United sudah menyediakan kertas cadangan kontrak yang akan diterima oleh wakil Ronaldo, Jorge Mendes. United yakin bahawa rundingan ini akan dimuktamadkan serta merta.

Manchester Evening News melaporkan bahawa Ronaldo sudah mencapai persetujuan lisan berkenaan dengan terma peribadi yang ditawarkan. Kini menunggu Juventus dan United menyelesaikan soal yuran perpindahan.

Ronaldo akan menerima GBP270,000 seminggu. Jorge Mendes turut menerima bayaran agensi.

Jika Ronaldo benar benar kembali, ini akan menjadi kepulangan yang sangat emosional dan sensasi.

Baca juga artikel

TERKINI: Man United Mahu Cantas Legenda Mereka Daripada Sertai City

Bidaan Kedua €180 Juta Untuk Mbappe, PSG Tuduh Real Main Pintu Belakang

Rooney Tak Nampak Perpindahan Ronaldo Ke City Akan Berlaku

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group