Sergio Aguero dilaporkan tidak ditawarkan kontrak lanjutan di Manchester City. Dengan itu, pemain tersebut bakal meninggalkan City secara ejen bebas selepas tamat musim ini.

Masa depan Sergio Aguero terus menjadi tanda tanya bagi para peminat Man City. Ini kerana sejak musim lalu lagi pemain tersebut tidak melanjutkan kontrak di City.

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa, tidak ada tawaran yang benar benar konkrit ke atas pemain tersebut.

Malah rumors turut mengaitkan bahawa Man City mahu membuka jalan untuk membawa masuk penyerang Borussia Dortmud, Erling Braut Haaland ke Etihad pada musim hadapan.

Aguero merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab Manchester City.

Beliau juga merupakan pemain yang menjaringkan gol ikonik pada masa kecederaan ketika kejuaraan pertama Man City dalam EPL era pemilikan saudagar minyak dari Arab.

Beliau menjaringkan gol ikonik itu pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris 2011/12, merampas kejuaraan liga daripada Man United pada saat saat akhir.

Aguero sebelum ini menyatakan bahwaa fokus beliau adalah untuk bermain sehingga kontraknya tamat.

Aguero masih lagi menjadi salah seorang penyerang elit pada hari ini. Namun beliau banyak diganggu oleh kecederaan sejak beberapa musim ini.

Dengan prestasi dan reputasinya, bukan sukar untuk Aguero mencari kelab baharu termasuk kelab kelab elit di Eropah.

Baca juga perkembangan lain

UEL: Bruno Fernandes Cemerlang Bantu United Belasah Sociedad

Rummmenigge Hampir Tercekik Melihat Hutang Barca & Tergelak Melihat Gaji Messi

Jadual Padat Dan Gol Aneh Punca Juventus Kalah Kata Pirlo

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group