Pemain pertahanan tengah dan kapten Manchester United, Harry Maguire telah ditahan Polis Greece ketika dalam percutiannya di Mykonos.

Maguire ditangkap kerana menyerang pegawai polis. Maguire nampaknya bakal dikenakan penalti ataupun hukuman oleh mahkamah kerana kesalahannya.

Pemain bola sepak berusia 27 tahun itu baru sahaja mengakhiri musim 2019/2020 setelah Man United disingkirkan oleh Sevilla dengan kekalahan 1-2 di separuh akhir Liga Europa hujung minggu lalu.

Namun, percutian Maguire tidak berjalan lancar. Harry Maguire ditangkap oleh polis untuk disoal siasat setelah menyerang seorang pegawai yang dipanggil berikutan pergaduhan.

“Pemain bola sepak itu menyerang seorang polis secara lisan dan kemudian memukulnya,” kata seorang pegawai polis, seperti yang dipetik dari ESPN.

“Ketiga-tiga lelaki terlibat dibawa ke balai polis Mykonos.”

Manchester United telah memberikan maklum balas berkenaan penangkapan Maguire dengan mengeluarkan kenyataan.

The Red Devils telah menghubungi pemain tersebut dan memastikan Maguire bekerjasama dengan Polis Mykonos.

“Kelab ini menyedari kejadian yang didakwa melibatkan Harry Maguire di Mykonos malam tadi.”

“Kami sudah berhubung dengan Harry dan dia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Greece. Pada ketika ini kami tidak akan memberikan komen lagi.”

Akhbar Proto Thema, yang dipetik oleh Mirror, melaporkan dengan lebih terperinci. Kejadian itu bermula setelah polis dipanggil oleh penduduk tempatan pada pukul 12:30 pagi kerana pergaduhan antara dua kumpulan pelancong Britain di luar sebuah bar di Mykonos.

Tiga orang dari kumpulan itu didakwa menyerang polis secara lisan dan fizikal ketika mereka berpecah. Mereka, di antaranya Harry Maguire, kemudian dibawa ke balai polis setelah berlaku konfrontasi dengan dua pegawai polis.

Baca juga perkembangan lain

Ejen Jemput Ronaldo, Messi Sertai Neymar Di PSG & Jangan Ragui Ekonomi Qatar

20 Kelab Dengan Perbelanjaan Tertinggi Membeli Pemain

Mertesacker: “Walaupun Thiago Pemain Hebat, Namun Sedialah Untuk Panaskan Bangku Simpanan Di Anfield”