Duta besar Belgium ke Malaysia, Pascal H. Gregoire dalam satu ciapan laman sosial Twitter sebentar tadi mendedahkan bahawa nama Luqman Hakim tersenarai dalam skuad KV Kortrijk yang akan berdepan dengan RSC Anderlecht, esok.

Ini adalah kali pertama nama Luqman Hakim berada dalam senarai skuad untuk perlawanan saingan Jupiler Pro League sejak beliau tiba di Belgium pada pertengahan bulan Ogos yang lalu.

Ini juga merupakan peluang besar untuk Luqman Hakim membuktikan keupayaan beliau sekiranya diturunkan esok lebih-lebih lagi berdepan dengan sebuah kelab yang dibimbing oleh bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 24 Oktober 2020 pada jam 2.45 pagi bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia untuk menyaksikan detik-detik penampilan pertama penyerang muda Malaysia sekiranya diturunkan.

Tinjauan ke laman web rasmi KV Kortrijk juga telah mengesahkan perkara itu apabila senarai penuh pemain untuk bertemu RSC Anderlecht telah dikeluarkan secara rasmi.

KVK

Sama-sama kita saksikan jika anak muda ini bakal tampil dalam aksi Jupiler Pro League seterusnya memberikan lebih keyakinan dan semangat untuk beliau berusaha gigih demi bola sepak Malaysia yang lebih gemilang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Netizen Thai: Liga Malaysia Tidak Mencabar Untuk Diogo, JDT Mampu Juara Lagi Dengan Pemain Sedia Ada

Kemasan Dalaman Bas BG Pathum United Ini Mirip Tempat Duduk Penerbangan ‘Business Class’

Buriram United Bawa Pulang Ketua Jurulatih Paling Berjaya, Alexandre Gama Bakal Kembalikan Zaman Kegemilangan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group