Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Barcelona baru sahaja memperkenalkan Robert Lewandowski kepada umum pada Jumaat lalu. Namun kini mereka berdepan dengan tamparan bahawa mereka tidak dapat mendaftarkan Lewandowski dan 4 lagi pemain baharu yang lain ke dalam sistem pendaftaran La Liga.

Hal ini kerana beban hutang kelab itu masih tinggi berbanding dengan paras yang dibenarkan. Barcelona walaupun dianggap memiliki masalah kewangan serius, dan meminta pemain mereka menerima pemotongan gaji, namun mereka menjadi antara kelab paling aktif berbelanja dalam musim panas kali ini.

Barcelona pada musim panas ini, telah menandatangani Andreas Christensen, Franck Kessie, Raphinha, Robert Lewandowski dan Jules Kounde. Mereka juga telah memperbaharui kontrak Ousmane Dembele dan Sergi Roberto.

Namun begitu, tiada seorang pun daripada pemain pemain ini boleh didaftarkan dengan La Liga sehingga kelab itu berjaya mengimbangi buku akaun mereka.

Menurut laporan Daily Mirror, Barca berharap mereka akan dapat menjual De Jong dalam 10 hari ini.

Ini kerana, La Liga merasaka bahawa De Jong adalah kunci sebenar kepada akaun Barca. Jika mereka berjaya menjual De Jong, ianya akan membuka peluang kepada pendaftaran 5 pemain baharu mereka.

Malangnya, perpindahan De Jong masih lagi gagal direalisasikan Barca sejak hari pertama jendela perpindahan.

Pemain itu menolak untuk ke Manchester United walaupun kedua dua kelab sudah mencapai kesepakatan harga. Paa masa yang sama, De Jong tidak mahu menerima pemotongan gaji yang agak drastik.

Pemain itu menjadikan alasan UCL sebagai sebab tak mahu menyertai Manchester United. Kini Chelsea juga dikatakan berminat dengan pemain antarabangsa Belanda itu. Malangnya, De Jong masih kekal dengan pendirian, untuk terus kekal dengan Barcelona.

Dia dan isterinya sudah membeli sebuah rumah mewah di Barcelona. Dan mahu menetap di sana dengan lebih lama.

 

Lembaga pengarah Barcelona – diketuai oleh presiden kelab Joan Laporta – telah mengambil beberapa langkah drastik untuk mengumpul dana pada musim panas ini dengan membenarkan penjualan beberapa aset utama kelab.

Di antara aset, kelab itu memilih untuk menjual 25% (merentasi dua transaksi berasingan) hak TV mereka kepada Sixth Street.

Bagaimanapun, angka itu masih belum mencukupi untuk meletakkan kelab itu dalam keadaan ekonomi yang sihat menjelang musim baharu. Mereka kemudian mengambil langkah kedua dengan menjual 25 peratus kepentingan dalam Barça Studio kepada socios.com dengan bayaran sekitar €100 juta.

Penjualan gabungan aset kelab meningkat kepada €767 juta untuk kelab – dan mereka berharap untuk mendaftarkan pendatang baharu mereka dengan jualan ini. Dan Laporta sudah sedia mengaktifkan tuil keempat untuk menerima satu lagi suntikan dana. Terutama sekali pada ketika ini, Barcelona sangat teruk dalam perihal menjual pemain.

Semasa sesi pengenalan Lewandowski di Camp Nou, presiden kelab Laporta memberitahu peminat: “Kami telah berusaha untuk mendaftarkan kesemua mereka (rekrut baharu). Kami telah bekerja keras dan produktif, untuk memenuhi keperluan.”

“Dan jika perlu untuk menjalankan sebarang urusan lagi [membeli pemain baharu], kami akan melakukannya. Kami menunggu.”

“Ia adalah keputusan yang mesti dibuat oleh La Liga. Kami telah mematuhi apa yang diperlukan. Kami yakin kami akan dapat mendaftarkan mereka.”

Sebelum ini Barcelona pernah berdepan masalah yang sama ketika cuba mendaftarkan Sergio Aguero, Eric Garcia dan Memphis Depay. Namun mereka berjaya melakukannya pada saat akhir. Laporta yakin mereka akan dapat melakukannya sekali lagi.

Ini selepas usaha Barca untuk mendaftarkan pemain pemain baharu mereka gagal pada hari Jumaat – kera La Liga menyekat usaha tersebut.

La Liga mahukan kelab  Catalan itu wajib mengumpul dana lagi untuk membolehkan pemain baharu mereka mewakili kelab.

Laporta sudah pun menyediakan penjualan 24.5 peratus lagi Barça Studios, yang dirasakan sangat penting dalam membantu kelab mendaftarkan pemain pemain baharu sekiranya mereka terus gagal menjual De Jong.

Selain daripada De Jong, Barca juga berusaha menjual pemain seperti Memphis Depay, Martin Braithwaite, Miralem Pjanic dan Samuel Umtiti.

Malang sekali, kesemua pemain itu buat masa ini tidak menarik minat daripada kelab kelab besar untuk membeli mereka dengan harga yang tinggi.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group