Beberapa kelab EPL sudah menyatakan penentangan mereka ke atas pemilikan Newcastle United yang baharu dan menggariskan pada Isnin lalu.

Namun buat masa ini, pemilikan baharu oleh konsortium Saudi itu sudah dimeterai. Lalu kelab kelab ini cuba menggunakan perundangan untuk menghalang konsortium Saudi itu daripada mendapat tajaan luar biasa.

Newcastle menyatakan bahawa satu mesyuarat tergempar melibatkan 20 kelab EPL dan membincangkan tentang perubahan peraturan. Di mana kelab kelab EPL lain melarang penajaan daripada penaja yang selama ini menjadi rakan kongsi PIF sebelum pemilikan Newcastle.

Ianya dikatakan berdasarkan peraturan anti persaingan. Newcastle diwakili oleh Pegawai Urusan Newcastle yang sedia ada iaitu Lee Charnley dan bukannya Amanda Staveley yang menjadi pengarah urusan baru.

Charnley menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan rombakan pada peraturan tajaan tersebut.

Di mana terdapat 18 kelab daripada 20 kelab EPL mengundi untuk mempersetujui peraturan tajaan baru itu, satu kelab berkecuali iaitu Manchester City dan hanya Newcastle yang menentang.

City dikatakan mengambil pendirian berkecuali. Mereka memiliki penaja yang berkaitan dengan Abu Dhabi United Group, terutama sekali Etihad Airways, yang menjadi syarikat penerbangan kerajaan Qatar,

Banyak kelab EPL risau kalau Newcastle menyertakan syarikat minyak mereka sebagai tajaan kelab. Di mana kekayaan syarikat tersebut terlampau besar. Sekaligus akan mewujudkan jurang terlalu besar dari segi dana perpindahan dan keupayaan membayar gaji pemain.

Jika diluluskan, peraturan baharu ini akan diperkuatkuasakan bermula bulan depan dan terpakai kepada kesemua 20 kelab EPL.

Walaupun buat masa ini, ianya seperti peraturan sementara mencari penyelesaian tentang isu tajaan, namun The Guardian berpendapat, peraturan tersebut berkemungkinan besar akan terus kekal.

Kelab kelab EPL termasuk Newcastle sebelumn ini sudah lama membincangkan tentang isu tersebut untuk mengawal jurang persaingan dengan Manchester City. Namun kini Newcastle memutuskan untuk menentang dan City pula mengambil pendirian atas pagar.

City sebelum ini beberapa kali disiasat atas kesalahan FFP. Salah satu daripadanya adalah tuduhan ke atas pemalsuan tajaan serta menyatakan secara berlebihan angka tajaan. Di mana siasatan mendapati tajaan tersebut sebenarnya datang daripada pemilik kelab yang diletakkan sebagai angka tajaan daripada penaja lain.

Namun Man City berjaya mengelak daripada hukuman oleh FFP selepas mencabar keputusan tersebut di CAS.

Baca juga artikel

Vieira Perit Terima Keputusan Seri Selepas Pemain Pamerkan DNA Palace Yang Baru

Tuchel Terkejut Taktikal Brentford, Dan Akui Kemenangan Chelsea Kerana Mendy

87% Penyokong United Kini #OleOut, Namun Kelab Kekal Berdiri Di Belakang Solskjaer