Isu tunggakan gaji di Perak FC terus menjadi panas. Dan terbaru para pemain pemain Perak telah memboikot sesi latihan malam tadi. Ini kerana pemain kecewa kerana tidak mendapat gaji mereka.

Isu tunggakan gaji menghantui Perak pada awal musim ini. Dengan pemain pemain mengadu mereka sudah dua bulan tak dapat gaji. Namun keadaan itu dilihat reda selepas Perak FC mengumumkan mereka sudah membayar gaji untuk Februari.

Kem Perak FC bergolak lagi apabila pemain sudah tak dapat menahan kekecewaan mereka dan memutuskan tidak mahu masuk ke padang latihan. Mereka hanya berada di luar perkarangan stadium sahaja.

Koresponden T. Avineshwaran menyatakan bahawa para pemain Perak menunjukkan rasa tak puas hati kerana tunggakan gaji dan memutuskan untuk tidak menyertai latihan pada sebelah malam.

Koresponden Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa Shahrul Saad menjadi barang panas yang dikehendaki pasukan lain.

Selain daripada Shahrul Saad, nama De Paula juga dikaitkan dengan beberapa pasukan lain di negara kita

 

Isu tunggakan gaji pemain Perak FC sebelum ini pernah digariskan oleh  Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Di mana MB Perak menegaskan beliau bukan tak mahu membantu Perak FC lagi, tetapi menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya sudah memberikan keseluruhan RM4 juta untuk Perak FC.

Malah beliau turut mengesahkan terdapat dua pembayaran dibuat iaitu RM2.5 juta dan terbaru RM1.5 juta untuk membantu menyelesaikan tunggakan gaji sebelum ini.

Dipetik dari Utusan Online, Datuk Saarani berkata kerajaan Perak bukannya tak bersimpati tetapi sudah membantu yang termampu.

“Saya faham, saya tengok dalam Facebook ramai menyalahkan saya seolah-oleh saya tak peduli masalah gaji pemain namun terus terang saya katakan kerajaan negeri sudah berbelanja RM4 juta menggunakan duit GLC.”

“Saya minta maaf kepada peminat Perak, saya sudah membantu RM4 juta. Mereka (Perak FC) sudah datang berbincang dengan memberitahu masalah mereka dan saya kata saya hanya boleh membantu seperti mana yang kita telah beri.”

Saarani menambah: “Tidak betul kalau ada yang kata kerajan negeri tak langsung bantu. Saya telah mengambil inisiatif memujuk beberapa GLC untuk membayar gaji, sebenarnya itu bukan tanggungjawab saya, tapi saya tak mahu melihat kerosakan yang berlaku.”

Selain itu beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh membiayaai secara keseluruhan kos operasi Perak FC kerana wang itu digunakan untuk peruntukan lain termasuk pembangunan usahawan dan membantu golongan miskin yang memerlukan.

Beliau berkata: “Rakyat kalau dapat RM500 pun sudah gembira, tapi kalau saya bantu mereka (pemain bola) sampai RM40,000, RM50,000 sebulan malahan jurulatih RM180,000 sebulan, ini tidak adil.”

Selain daripada masalah gaji pasukan utama, Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa Perak FC II juga mengalami masalah yang sama.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril menawarkan pegangan saham kepada mana mana pihak yang berminat membantu Perak FC menyelesaikan masalah yang melanda. BOD Perak FC menyatakan langkah itu terpaksa dibuat selepas Perak FC mengalami masalah kekurangan penaja.

Baca juga artikel:

Realiti Bola Sepak Malaysia Daripada Situasi Perak Dan Sabah, Mana ECP?

Barcelona Masih Tak Bayar Hutang €126 Juta Dengan 19 Kelab Termasuk Liverpool Dan Ajax

Liga Kejuaraan England Bincang Gaji Siling £18 Juta, Norwich Pula Ada Bil £28 Juta Musim Depan