Harry Kane mengatakan bahawa dia ingin mencapai tahap Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dan mengulangi keinginannya untuk memenangi piala.

Harry Kane memberitahu perkara itu dalam wawancara menerusi YouTube Gary Neville The Overlap. Di mana Kane mahu mengakhiri kariernya tanpa penyesalan.

Awal minggu ini dinyatakan bahwa Kane telah memberitahu Tottenham bahwa dia ingin meninggalkan kelab musim panas ini, dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea semuanya berminat dengan Kane.

Kane berkata: “Saya tidak pernah mengatakan bahawa saya akan terus kekal di Spurs sepanjang karier saya dan saya tidak pernah mengatakan akan meninggalkan Spurs.”

“Orang mungkin berkata, ‘dia putus asa untuk kekal kerana trofi, dia memerlukan trofi’, tetapi saya rasa seperti masih mempunyai karier lain untuk dimainkan.”

harry kane wa

“Saya mempunyai tujuh, lapan tahun lagi dalam kariernya, seperti apa yang sudah saya miliki di Liga Perdana. Jadi saya tidak tergesa-gesa, saya tidak putus asa untuk melakukan apa-apa sahaja.”

Kane kini berada di puncak prestasinya dalam beberapa musim ini. Beliau juga sangat cemerlang pada musim ini.

Spurs tidak mahu menjual Kane, tetapi harus menerima hakikat bahawa mereka sekali lagi terlepas trofi dan gagal ke UCL. Dan ianya adalah realiti yang sakit untuk ditelan, dan membuatkan pemain seperti Kane mahu beredar.

Kane tanpa berselindung menyatakan beliau agak sukar melihat pasukan lain seperti Chelsea dan City yang terus menunjukkan kehebatan mereka dan memenangi trofi.

“Saya mahu bermain dalam peringkat terbesar. Musim ini, saya menyaksikan Liga Juara-Juara Eropah dan pasukan Inggeris melakukan yang luar biasa, dan itu adalah pertandingan yang sangat hebat yang saya mahu mainkan.”

“Ini adalah momen dalam karier saya di mana saya harus merenung dan melihat di mana saya berada. Akhirnya ia akan menjadi milik saya, bagaimana perasaan saya dan apa yang akan menjadi yang terbaik untuk saya dan karier saya.”

Walaupun Kane berminat untuk meninggalkan Spurs, namun masih ada separuh daripada kontrak enam tahun yang dimeterainya pada tahun 2018.

Ini bermaksud kelab tiada tekanan untuk menjual beliau pada masa ini. Namun Kane menyatakan bahawa dia berhak menentukan masa depannya dan bukannya Levy.

Penegerusi, Daniel Levy juga mempunyai reputasi sebagai perunding yang sukar dan difahamkan telah meyakinkan Kane untuk terus kekal di kelab ketika pemain  mempertimbangkan untuk pergi pada musim panas lalu.

Tetapi Kane berkata tentang Levy: “Dia sangat baik dengan saya. Dia sentiasa mahu memberikan saya kontrak. Saya menandatangani kontrak empat, lima tahun ketika saya berusia 21 tahun tetapi saya berjaya dan dia menambahnya.”

“Jadi dia berlaku adil dengan saya ., kami selalu mempunyai hubungan yang baik. Tetapi anda tidak tahu apa pendapat pengerusi kamu – dia mungkin ingin menjual saya. Dia mungkin berfikir, ‘jika saya dapat 100 juta pound untuk anda, mengapa tidak?’ Saya tidak akan layak untuk harga sebegitu dalam dua atau tiga tahun akan datang.”

“Saya telah memberikan segalanya kepada kelab ini selama 16 tahun dalam hidup saya, jadi saya harap kita dapat melakukan perbincangan yang baik, jujur ​​dan melihat di mana kita berada.”

Baca juga artikel

Kane Bersendirian Beri Tepukan Kepada Peminat, Mungkin Aksi Terakhirnya Di Stadium Tottenham

EPL: Liverpool Teratas, Nat Phillips Pamer Aksi Cemerlang

EPL: Mendahului 2 Gol, City Kalah 3-2 Di Tangan Brighton