Penyerang Bayer Leverkusen, Kai Havertz telah menjadi barang panas di jendela perpindahan.

Dan pemain tersebut dikatakan sudah setuju dengan terma menyertai Chelsea.

Kini The Blues dan Bayer Leverkusen dalam rundingan untuk yuran perpindahan.

Bayer Leverkusen dilaporkan meminta €80 juta jumlah keseluruhan yuran perpindahan dengan bonus.

Havertz mulai dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Leverkusen selepas pemain itu dikatakan berminat merasai cabaran baharu di dalam kariernya.

Sebelum ini Chelsea sudah pun mendapatkan Timo Werner dari RB Leipzig.

Havertz merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi serangan termasuk sebagai false no.9.

Beliau juga pemain yang efektif sebagai pemain no.10.

Chelsea dijangka akan menghantar bidaan rasmi dalam masa terdekat ini.

Kai Havertz dilaporkan sudah menyatakan bahawa beliau hanya mahu menyertai Chelsea, dan tidak memikirkan perpindahan ke pasukan lain.

Dalam beberapa musim ini Kai Havertz telah menjadi pemain yang meningkat naik dari kesemua aspek serangan terutama sekali penyudah.

Ini yang membuatkan nama Kai Havertz melonjak naik, ditambah dengan kelincahan dan juga kreativiti yang ada pada beliau.

Selain daripada Havertz dan Werner, Chelsea turut mendapatkan seorang lagi pemain ofensif terlebih awal iaitu Ziyech dari Ajax.

Nampaknya Chelsea benar benar menguatkan barisan hadapan pasukan mereka.

Baca juga perkembangan lain

Tinggal 2 Perlawanan Lagi, Watford Pecat Pengurus Kerana Risau Penyingkiran

Ole Pertahan De Gea Dan Puji Karakter Pemainnya

Roses Derby, Sejarah Panjang Permusuhan Man United Dan Leeds Bermula Daripada Perebutan Tahta Dua Kota