Jose Mourinho dipecat oleh Tottenham Hotspur hanya sehari selepas beliau menyatakan bahawa kelab masih akan mampu menamatkan saingan di 4 teratas.

Wartawan Telegraph, John Percy mengesahkan perkara itu sebentar tadi. Pemecatan ini agak mengejutkan kerana Spurs dalam rangka persiapan untuk final Piala Carabao menentang Manchester City.

Jose Mourinho bersama dengan Spurs selama 18 bulan selepas dilantik pada November 2019, menggantikan Mauricio Pochettino.

Beliau masih ada baki kontrak sehingga 2023. Pada musim pertama beliau mengambil alih Spurs dengan menaikkan mereka dari tangga ke-14 – pada hari pertama beliau dilantik – kepada penamat 6 teratas.

Beliau kemudian membantu Spurs melayakkan diri ke slot UCL pada musim berikutnya namun disingkirkan oleh RB Leipzig dari 16 terakhir.

Spurs ketika ini berada di kedudukan ketujuh dengan hanya 5 mata dari slot 4 teratas.

Laporan dari UK menyebut bahawa bekas pemain Spurs, Ryan Mason akan mengambil alih sebagai interim sehingga akhir musim ini, dan akan dibantu oleh Chris Powell.

Tidak lama selepas itu Spurs menerusi siaran media rasmi mereka mengesahkan perkara tersebut.

Sebagai rekod, Mourinho menang 44 perlawanan sahaja daripada 86 perlawanan yang beliau nikmati bersama Spurs.

Prestasi terumbang ambing Spurs selepas permulaan awal musim yang cemerlang membuatkan masa depan Mourinho menjadi tanda tanya.

Beliau gagal membantu Spurs mendapatkan sebarang trofi. Yang paling hampir pastinya piala Carabao musim ini, tetapi beliau pula dipecat sebelum aksi final.

Baca artikel lain

Ramalan Wenger Benar Belaka

EPL: Sheffield Sah Tersingkir Selepas Musim Lalu Yang Mengujakan

Pogba Terbuka Kutuk Cara Mourinho Dan Memuji Pengurusan Ole