Dalam satu mesyuarat yang diadakan petang tadi, Jawatankuasa Kecemasan AFF telah mencadangkan untuk menunda kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 ke tahun 2021 selepas penularan wabak COVID-19 yang kini seperti kembali menjadi serius.

Mesyuarat yang diadakan secara online itu telah dipengerusikan oleh presiden AFF Khiev Sameth, ahli-ahli jawatankuasa lain termasuk Timbalan Presiden VFF bagi membincangkan secara lebih dalam mengenai kejohanan edisi 2020 itu.

Berdasarkan penilaian yang dibuat mengikut keadaan semasa COVID-19 di Asia Tenggara, jawatankuasa tersebut menjelaskan bahawa situasi dijangkakan akan terus berada dalam keadaan serius sehingga hujung tahun dan kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 mungkin tidak akan dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Ahli jawatankuasa selepas itu mencadangkan bahawa kejohanan itu patut ditunda ke tahun 2021 selepas mengambil kira faktor penyokong serta status kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan jadual perlawanan antarabangsa yang padat pada tahun 2021, masih ada beberapa lagi isu berbangkit yang perlu diselesaikan sebelum keputusan jika kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 diteruskan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020

Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia