Koresponden Fabrizio Romano sudah menyebut ‘Here We Go’ untuk perpindahan Jack Grealish ke Aston Villa.

Di mana bidaan £100 juta daripada Manchester City sudah diterima oleh Aston Villa. Kini rundingan dalam fasa akhir untuk memuktamadkan beberapa prosedur lagi.

Perpindahan ini menyaksikan Jack Grealish akan meninggalkan Aston Villa selepas meluangkan karier sejak remaja bersama dengan pasukan yang disokongnya dari kecil itu.

Fabrizio Romano turut menyatakan bahawa Grealish mempersetujui kontrak selama 5 tahun di Etihad. Dan bakal menjalani medikal pada Khamis bagi memuktamadkan perpindahan dengan rekod tertinggi melibatkan pemain Inggeris serta di EPL.

Villa sudah mengesahkan pembelian Leon Bailey yang dianggap sebagai pengganti kepada Grealish. Pemain tersebut dibeli dengan harga £30 juta dari Bayer Leverkusen.

Dan ketika Grealish dilaporkan sedang berunding dengan City, Villa turut mengumumkan kehadiran Danny Ings yang dibeli dengan nilai £25 juta.

Kehadiran Grealish akan menguatkan lagi Manchester City. Aset utama beliau adalah kreativiti dan kelincahannya di atas padang.  Itu yang menarik perhatian Guardiola untuk membelinya.

Manchester City akan mempertahankan kejuaraan EPL dan pada masa yang sama fokus utama mereka adalah untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah yang pertama dalam sejarah kelab mereka.

Selain itu, Manchester City juga dikatakan masih berusaha mendapatkan Harry Kane yang berminat menyertai Grealish menyarung jersi City.

Baca juga artikel

Barcelona Minta Kelonggaran La Liga Untuk Daftarkan Messi Dan Beberapa Pemain Lagi

Peminat Villa Tak Rela Grealish Sertai Kelab Yang Tiada Sejarah & Wujud Sejak 10 Tahun Lalu

Pengadil EPL Diingatkan Tak Beri Penalti Mudah, Ofsaid Hidung, Ketiak, Kuku Tak Boleh Wujud Lagi