Sebuah konsortium yang disokong oleh dana berdaulat kerajaan Arab Saudi telah menarik diri untuk membeli Newcastle United.

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan tentang penarikan diri daripada pembelian Newcastle.

Sebelum ini pihak pembeli yang diketuai oleh pihak Saudi sudah memeterai perjanjian dengan Mike Ahsley berkaitan dengan harga pengambilalihan.

Bagaimanapun, perjanjian itu masih diteliti di bawah ujian pemilik dan pengarah seperti yang termaktub dalam perlembagaan Liga Inggeris.

Selepas berita pengambilalihan itu, media berpangkalan di Qatar iaitu BeIN telah menuduh kerajaan Saudi sebelum ini terkait dengan isu hak cipta siaran langsung EPL di negara mereka.

Arab Saudi dan Qatar ada masalah dalam hubungan diplomatik membuatkan pihak Arab Saudi mengharamkan BeIn di negara mereka.

Namun BeIn mendakwa, negara tersebut tetap menayangkan siaran langsung bola sepak terutama sekali EPL di negara mereka menerusi footage video milik BeIn.

Tidak lama selepas itu, Amnesty International menyatakan bahawa, Mohammed bin Salman sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Kashoggi di Turki.

Hanya kerana Jamal terlalu lantang mengecam beberapa polisi negaranya.

Namun Mohammed bin Salman dibebaskan daripada pertuduhan itu di negaranya.

Semua itu telah memberikan tamparan hebat kepada pihak Saudi dalam usaha mereka mahu memiliki Newcastle walaupun wang pendahuluan sudah pun dibayar.

Deposit tersebut dilaporkan sekitar £17 juta dan akan menjadi hak mutlak Mike Ashley walaupun ada pihak menarik diri.

PIF telah hilang sabar, kerana terus menunggu. Dan akhirnya menarik diri daripada perjanjian tersebut.

PIF mengatakan bahawa dengan “kesedihan yang mendalam” mereka terpaksa menarik diri daripada pemilikan tersebut.

Kerana covid

Selain daripada kesulitan mendapatkan sokongan majoriti daripada pemilik, pihak PIF juga menilai isu berkaitan dengan persekitaran ekonomi dan prospek gelombang kedua coronavirus yang membuatkan stadium akan terus kosong.

Ia memberikan impak kepada usaha mereka mahu mendapatkan pulangan modal segera.

Baca juga perkembangan lain berkaitan pengambilalihan Newcastle sebelum ini

Pengambilalihan £300 Juta Newcastle Dipersetujui, Tunggu Pengesahan EPL

CEO Premier League Akui Proses Pengambilalihan Newcastle Adalah Paling Rumit

Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle

BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?

 

EPL Janji Pertimbangkan Tuntutan Tunang Kashoggi Untuk Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group