Barcelona dilaporkan sudah berjaya menewaskan Chelsea untuk mendapatkan Jules Koundé. Ini selepas Sevilla dan Kounde bersetuju dengan perpindahan dengan nilai bayaran €50 juta untuk pertahanan Perancis itu.

Minggu lalu, Chelsea menjangkakan bahawa mereka telah memenangi perlumbaan untuk menandatangani Kounde. Di mana Sevilla dan Chelsea sudah mencapai kesepakatan harga. Begitu juga Kounde yang sudah setuju semua syarat dan terma peribadi dalam kontraknya.

Tetapi tiba tiba Laporta meminta pemain itu menangguhkan dahulu rundingan dengan Chelsea. Kounde dikatakan menuruti permintaan itu. Chelsea dikatakan tidak gembira dengan tindakan Kounde.

Barcelona menjadikan Kounde sebagai keutamaan mereka selepas mengumumkan Lewandowski sebagai pemain baharu mereka.

Barcelona kemudian melancarkan bidaan yang setara dengan harga ditawarkan oleh Chelsea. Namun dikatakan menawarkan gaji sedikit lebih rendah daripada apa yang ditawarkan Chelsea.

Chelsea bagaimanapun masih sabar menunggu keputusan pemain itu. Tuchel kemudian menegaskan bahawa dia perlukan pemain pemain baharu segera untuk memperkuatkan pasukannya. Ini kerana ada beberapa pemain mahu meninggalkan kelab itu.

Dan pada masa yang sama, selepas kekalahan di tangan Arsenal, Tuchel mengingatkan bahawa, mereka tidak boleh mengharapkan hasil lebih baik daripada musim lalu, jika menggunakan pemain yang sama.

Wartawan kemudian bertanya kepada Tuchel tentang perkembangan Kounde. Pengendali asal Jerman itu ringkas menjawab: “Tiada perkembangan!”

Fabrizio Romano sudah meletakkan status Here We Go bahawa Kounde akan menyertai Barcelona. Di mana Xavi sekali lagi menjadi faktor penting.

Kini Thomas Tuchel perlu mengalihkan tumpuannya kepada sasaran pertahanan lain selepas Barça menggagalkan rancangan perpindahannya sekali lagi. Wesley Fofana adalah salah satu pilihan untuk Tuchel, walaupun Leicester tidak akan membenarkan bek tengah berusia 21 tahun itu pergi melainkan mereka menerima tawaran besar untuknya.

Leicester mempunyai banyak pengaruh dan kawalan ke atas pemain itu selepas dia setuju dengan kontrak lima tahun baharu pada Mac lalu.

Brendan Rodgers perlu menjual pemain sebelum membuat pembelian pada musim panas ini, tetapi difahamkan kelab itu akan menuntut sekurang-kurangnya £70 juta jika Chelsea mahu membeli Fofana.

Harga yang diminta mungkin setinggi £85m, iaitu jumlah yang Leicester berjaya dapat ketika menjual bek tengah England Harry Maguire kepada Manchester United pada 2019.

Chelsea mungkin keberatan untuk membayar yuran yang besar untuk Fofana memandangkan dia banyak terlepas aksi musim lalu selepas mengalami patah kaki pada musim panas tahun lalu.

Pemain pertahanan itu, yang menikmati tahun pertama yang mengagumkan di England selepas Leicester menandatanganinya dari St tienne dengan harga £36.5 juta pada Oktober 2020, kembali daripada kecederaannya pada Mac.

Kebimbangan bagi Tuchel ialah rejim baharu Chelsea sedang bergelut untuk mengisi kehilangan Antonio Rüdiger yang menyertai Real Madrid dan Andreas Christensen yang menandatangani kontrak bersama Barcelona pada musim panas ini.

Chelsea telah mengukuhkan pertahanan mereka dengan menandatangani Kalidou Koulibaly dari Napoli, namun mereka tewas kepada Bayern Munich dalam pertempuran untuk mendapatkan Matthijs de Ligt dari Juventus.

Mereka kemudian gagal membeli Nathan Aké dari Manchester City selepas Guardiola menukar perancangannya bahawa pemain itu kini bukan untuk dijual.

Tetapi The Guardian telah melaporkan bahawa Chelsea ada sedikit kemajuan dalam perbincangan dengan Paris Saint-Germain atas Presnel Kimpembe.

Ia mungkin akan dapat melegakan sedikit Tuchels selepas dilanda berita kehilangan seorang lagi sasarannya kepada Barcelona iaitu Jules Koundé, yang boleh bermain di kesemua posisi di pertahann. Mereka berminat dengan pemain berusia 23 tahun itu sejak tahun lalu dan bersedia memenuhi permintaan Sevilla dengan bayaran £55 juta.

Tetapi masa itu Sevilla meminta Kounde menangguhkan dahulu perpindahan ke Chelsea kerana tidak dapat mencari penggantinya. Dan berjanji akan menjual pemain itu ke kelab London itu jika mereka datang semula dengan tawaran. Malangnya, kini Kounde memilih Barcelona.