Keluarga Glazer dikatakan mahun menjual Manchester United. Mereka sedang mempertimbangkan potensi untuk menjual kelab tersebut sepenuhnya kepada pemilik baharu, jika kena pada harganya.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan Manchester United sebentar tadi, Glazer mencari rakang kongsi baharu dari kalangan pelabur untuk membangunkan bola sepak dan juga fasiliti sukan di kelab itu.

Kenyataan itu berbunyi:

Manchester United plc (NYSE:MANU), salah sebuah kelab sukan paling berjaya dan bersejarah di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah Syarikat sedang memulakan proses untuk meneroka alternatif strategik untuk kelab.

 

Proses ini direka untuk meningkatkan pertumbuhan kelab di masa depan, dengan matlamat utama untuk meletakkan kelab agar memanfaatkan peluang di atas padang dan secara komersial.

 

Sebagai sebahagian daripada proses ini, Lembaga Pengarah akan mempertimbangkan semua alternatif strategik, termasuk pelaburan baharu ke dalam kelab, penjualan atau transaksi lain yang melibatkan Syarikat.

 

Ini termasuk penilaian beberapa inisiatif untuk mengukuhkan kelab, termasuk pembangunan semula stadium dan infrastruktur, pengembangan operasi komersial kelab pada skala global, masing-masing dalam konteks untuk meningkatkan kejayaan jangka panjang skuad lelaki, wanita dan akademi kelab, serta pasukan [secara keseluruhannya], dan membawa manfaat kepada peminat dan pihak berkepentingan lain.

Pengerusi Bersama Eksekutif dan Pengarah, Avram Glazer dan Joel Glazer berkata: “Kekuatan Manchester United terletak pada semangat dan kesetiaan komuniti global kami yang terdiri daripada 1.1 bilion peminat dan pengikut di seluruh dunia.”

 

“Ketika kami sedang berusaha untuk terus membina sejarah kejayaan Kelab, Lembaga Pengarah telah membenarkan penilaian menyeluruh terhadap alternatif strategik.”

 

“Kami akan menilai semua pilihan untuk memastikan kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada peminat kami dan Manchester United bagi memaksimumkan peluang pertumbuhan yang ketara yang tersedia untuk Kelab hari ini dan pada masa hadapan.”

 

“Sepanjang proses ini, kami akan kekal fokus sepenuhnya untuk menjaga kepentingan peminat dengan sebaiknya, pemegang saham dan pelbagai pihak berkepentingan kami yang lain.”

 

“Kumpulan Raine akan bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif Syarikat dan Latham & Watkins LLP adalah penasihat undang-undang kepada Syarikat.”

 

“Sementara Rothschild dan Co. pula akan bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada pemegang saham keluarga Glazer.”

Tidak ada jaminan bahawa penilaian yang dijalankan akan mengakibatkan sebarang transaksi tertentu yang melibatkan Syarikat.”

 

“Manchester United tidak berhasrat untuk membuat pengumuman lanjut mengenai penilaiannya, melainkan dan sehingga Lembaga Pengarah telah meluluskan transaksi tertentu atau tindakan lain yang memerlukan pengumuman rasmi.”

Ronaldo pernah bidas Glazer

Sebelum ini Cristiano Ronaldo pernah membidas fasiliti latihan yang teruk di Carrington. Kemudian Ronaldo menyatakan dia tidak tahu hala tuju Manchester United dari segi cita cita. Kerana dia cuma melihat United lebih mementingkan komersial berbanding trofi.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 24: Avram and Joel Glazer (R) look on prior to the Barclays Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on April 24, 2010 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Sky News melaporkan bahawa, sejam selepas kenyataan rasmi dibuat Man United berkaitan dengan niat keluarga Glazer mahu mencari pelabur baharu, saham Manchester United meningkat sebanyak 17% ataupun sekitar GBP400 juta.

Namun Sky News tidak menolak kemungkinan Glazer masih sayangkan Manchester United dan mahu mencari rakang kongsi baharu untuk pemilikan bersama selain daripada opsyen penjualan sepenuhnya.

Manchester United merupakan kelab yang sangat popular di dunia. Sudah tentunya pengumuman ini akan menarik perhatian ramai pelabur dan juga billonaire dari seluruh dunia.

Glazer didesak menjual Manchester United sejak dulu lagi

Glazer sudah memiliki Manchester United selama 17 tahun. Dalam tempoh itu, mereka mendapat kecaman yang tidak ada hentinya daripada peminat Man United yang mendesak mereka berambus segera.

Hal ini kerana Glazer menjadikan United sebagai lubuk duitnya semata mata. Mereka membeli kelab dengan hutang bank yang diletakkan atas nama kelab. Membuatkan kelab yang menanggung hutang wang yang digunakan Glazer membeli kelab itu sendiri.

Fans burn season ticket renewal forms in Protest against US sports tycoon Malcolm Glazer’s launched takeover bid for Mancester United after he bought the 28.7% stake owned by Irish racing tycoons JP McManus and John Magnier

Peminat seringkali mempersoalkan komitmen keluarga Glazer dalam membentuk pasukan berkelas dunia dengan kuasa kewangan yang mereka ada hasil publisiti dan komersial.