England bakal membenarkan kehadiran semula penyokong dalam jumlah terhad ke dalam stadium bermula 2 Disember hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh kerajaan UK pada Isnin. Ini termasuk kehadiran ke perlawanan Liga Perdana Inggeris dan acara acara lain yang berkaitan.

Jumlah had maksimum adalah 4,000 penonton dibenarkan atau separuh daripada kapasiti stadium – untuk stadium yang berkapasiti di bawah 8,000.

Kerajaan UK telah melonggarkan sedikit prosedur untuk kawasan yang dianggap berisiko rendah. Kapasiti 4,000 ataupun separuh daripada kapasiti stadium itu adalah untuk kawasan yang diisytihar sebagai kawasan berisiko rendah tahap 1 (paling rendah).

Bagi kawasan tier 2/tahap 2 pula, hanya maksimum 2,000 penonton ataupun separuh daripada kapasiti stadium dibenarkan.

Sementara, larangan masih dikenakan untuk kawasan tier 3. Di mana tiada penonton dibenarkan hadir ke stadium.

Bagi acara di dalam dewan/ tertutup, hanya 1,000 penonton dibenarkan. Kerajaan juga sedang berusaha untuk membenarkan acara hiburan termasuk konsert dan teater untuk kembali.

Bola sepak di England telah dimainkan di dalam stadium kosong sejak liga bersambung semula musim lalu dan juga sejak awal musim ini.

Pembukaan semula pintu penyokong dalam jumlah terhad ini juga perlu mengikuti garis panduan penjarakan sosial.

Pengumuman ini mendapat reaksi berbeza daripada rakyat di England. Kerana menurut mereka ketika ini, risiko di negara tersebut masih tinggi.

Seterusnya ramai yang risau dengan sikap orang England sendiri yang sudah mulai mengambil mudah soal penjarakan sosial pada ketika ini.

Baca juga perkembangan lain

‘Apa Akan Jadi Kalau United Tanpa Bruno Fernandes?’

EPL: Leeds Persiakan Peluang, Arteta Bengang Pepe Kad Merah

[VIDEO] Kesilapan ‘Fatal’ Ter Stegen Buat Barcelona Menderita Kekalahan Ketiga