Rundingan di antara Tottenham Hotspur dengan Antonio Conte akhirnya tamat dan tiada kata sepakat dicapai.

Sebelum ini Spurs yakin akan dapat melantik Conte menjadi pengurus baharu mereka. Selepas rundingan yang intensif dalam beberapa hari ini, Conte memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Koresponden Fabrizio Romano melaporkan, bahawa Conte tidak yakin dengan projek yang mahu dibina oleh Spurs bersamanya. Spurs dilaporkan mahukan kejayaan segera pada musim hadaoan.

Seterusnya Conte mahu membawa 4 staf penting dalam pengurusannya dan ianya tidak diterima oleh Spurs.

Selain itu, Spurs juga tidak mahu memberikan Conte gaji yang beliau minta.

Dilaporkan beza gaji yang ditawarkan Spurs dengan yang diminta Conte adalah sekitar EUR3 juta.

Jadi, Spurs kini terpaksa beralih kepada calon lain. Sebelum ini Mauricio Pochettino berminat dengan jawatan di Spurs. Namun PSG enggan melepaskan pengurus tersebut.

Baca juga artikel

Buang Yang Keruh, Ancelotti Tak Sabar Bekerjasama Dengan Bale

5 Kelemahan Taktikal Malaysia Dalam Aksi Berdepan UAE

Perancis Menunjukkan ‘Fluid’ Mereka Dalam Formasi Berlian Dengan Kehadiran Benzema