Koresponden terpercaya Manchester United, Duncan Castles melaporkan bahawa, Manchester United sedia bersaing dengan Chelsea untuk mendapatkan penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma.

Penjaga gol muda Itali itu masih tidak melanjutkan kontraknya yang bakal berakhir pada hujung musim ini. Donnarumma akan pergi secara percuma jika beliau memutuskan untuk tidak kekal di AC Milan.

Menurut sumber dari UK itu, ejen kepada Donnarumma, Mino Raiola sudah mengadakan perbincangan dengan Manchester United dan Chelsea untuk kemungkinan perpindahan percuma penjaga gol kebangsaan Itali itu ke Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini, AC Milan sudah mengemukakan beberapa tawaran kepada Donnarumma dan kesemuanya ditolak. Terbaru, Milan menawarkan kenaikan gaji sebanyak £5 juta semusim kepada £6.5 juta semusim, tetapi tawaran itu masih diletakkan Raiola di tepi meja.

Hal ini kerana Donnarumma dipercayai mahukan gaji £8.5 juta semusim. Sebelum ini Raiola menyatakan bahawa Donnarumma masih menjadikan AC Milan keutamaannya, kerana kelab tersebut telah disertainya sejak berusia 14 tahun.

Tetapi jika Milan gagal menawarkan gaji yang memuaskan hatinya, Donnarumma juga tidak menolak kemungkinan untuk pergi ke kelab lain.

Ini bukanlah pertama kali Chelsea dan Manchester United dikaitkan dengan Donnarumma. Chelsea sudah mendapatkan Kepa Arrizabalaga dengan rekod dunia £71 juta dari Athletic Bilbao pada 2018.

Dan musim ini mereka membeli Edouard Mendy dari Rennes dengan harga sekitar £22 juta.

Man United pula sudah melanjutkan kontrak De Gea. Dan menyerapkan Dean Henderson ke dalam pasukan utama selepa dipinjamkan ke Sheffield. Secara asasnya, kedua dua pasukan tidak memiliki masalah yang besar untuk penjaga gol.

Namun mereka sedar bahawa Donnarumma adalah penjaga gol elit dan cuba menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pemain itu secara percuma.

Baca juga perkembangan lain

UEL: Milan Dapat ‘Away Goal’ Pada Masa Kecederaan Menerusi Tandukan Cantik Kjaer

UCL: Barcelona Gagal Catat La Remontada, Messi Skor Jarak Jauh, Namun ‘Miss’ Penalti

UCL: Liverpool Singkir Leipzig Dengan Agregate 4-0