Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penjaga gol utama skuad kebangsaan Vietnam iaitu Dang Van Lam, dikatakan hampir pasti akan kembali dalam senarai akhir pasukan itu untuk perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE nanti.

Menurut portal sukan Zingnews, kelab Cerezo Osaka dilaporan memberi pengesahan untuk melepaskan pemain itu 5 hari lebih awal iaitu pada 26 Mei 2021 selepas pihak pengurusan Vietnam menghantar rayuan.

Walau bagaimanapun, pelepasan itu masih tertakluk kepada status 2 lagi penjaga gol dalam skuad utama Cerezo Osaka iaitu Kim Jin-Hyeon dan Kenya Matsui sekiranya mereka ada mengalami kecederaan atau tidak pada perlawanan berdepan Kashima Antlers pada 26 Mei nanti.

Ini bermakna, sekiranya tiada sebarang masalah kecederaan dengan 2 penjaga gol tersebut, Dang Van Lam akan terbang terus ke UAE pada 26 Mei untuk menyertai kem skuad kebangsaan Vietnam untuk persiapan perlawanan pertama mereka pada 7 Jun berdepan Indonesia.

Dang Van Lam sudah hampir setengah tahun tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan rasmi nampaknya masih menerima kepercayaan dari Park Hang-seo untuk dibawa ke UAE untuk membantu Vietnam mara ke peringkat seterusnya.

Walaupun dalam senarai 37 pemain yang dikeluarkan oleh VFF sebelum ini mereka sudah menyenaraikan 4 penjaga gol untuk sesi latihan pusat, diramalkan hanya Bui Tan Truong (Hanoi FC) akan terpilih ke UAE dan 3 lagi penjaga gol kelab tercorot V.League 1 adalah sekadar sparring partner sahaja.

Berkemungkinan besar juga, prestasi Dang Van Lam akan dinilai oleh Park Hang-seo ketika mereka mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Jordan pada 31 Mei sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Dang Van Lam Tiada Dalam Senarai 37 Pemain, Media Vietnam Sifatkan Pertahanan Kiri Adalah ‘Lubuk’

Gol ‘Hand of God’ Shukor Adan Jadi Bualan Netizen, Keputusan Pengadil Dan Komisioner Diragui

Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group