Peminat bola sepak hari ini menerima pekhabaran yang mengejutkan dari kem Perancis. Di mana Didier Deschamps dilaporkan akan memanggil Karim Benzema untuk menyertai skuad yang akan beraksi dalam Euro akan datang.

Kali terakhir Benzema mewakili Perancis adalah pada November 2015. Selepas skandal video lucah dan pemerasan dengan Valbuena, Benzema tidak pernah dipanggil lagi selepas itu.

Walaupun sudah bertahun lamanya berlalu, Deschamps tetap tidak memperdulikan Benzema, walaupun di peringkat kelab, bersama Real Madrid, Benzema menjadi pemain no.9 kelas dunia dan terbaik dari Perancis.

Benzema sendiri pernah mempersoalkan kenapa beliau tak dipanggil. Sehingga pernah menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada Giroud yang berterusan menjadi penyerang utama Perancis termasuk ketika mereka menjulang Piala Dunia pada 2018.

Benzema membandingkan dirinya sebagai F1 dan Giroud sebagai gokart.

NINTCHDBPICT000574115838

Pengurus Real Madrid, yang juga legenda Perancis, Zinedine Zidane sudah beberapa kali menyatakan kekecewaannya kepada Deschamps yang beterusan menyisihkan Benzema. Kerana menurut Zidane, Benzema merupakan salah seorang pemain terbaik yang pernah dimiliki Perancis.

Benzema telah mencatatkan 29 gol dan lapan assist dalam 45 perlawanan untuk Real Madrid musim ini. Beliau membantu Real menjuarai La Liga musim lalu dengan prestasi luar biasa tanpa kelibat Ronaldo.

Sebelum itu Benzema memiliki deretan kejuaraan Liga Juara Juara Eropah bersamanya ketika bermain untuk Real Madrid.

Peraturan terbaru EURO membenarkan pendaftaran 26 pemain. Jadi Benzema akan mengisi slot tersebut jika tidak ada aral melintang.

https://twitter.com/MdkFBG/status/1394616198789320707

Pasti menarik untuk melihat persaingan sebagai nombor 9 utama dengan adanya pemain seperti Giroud, Griezmann, malah Martial, Lacazette dan Mbappe turut berada dalam persaingan.

Pemain seperti Mbappe mungkin akan terus beroperasi sebagai pemain sayap di bawah kendalian Deschamps.

Baca juga artikel

Billionaire Beli Kelab China Dan Mengarahkan Jurulatih Menurunkan Anaknya Bermain Aksi Kompetitif

TERKINI: Harry Kane Beritahu Spurs, Mahu Angkat Kaki Demi Trofi

Chelsea Tewas Dalam Final Liga Juara Juara Eropah, Barcelona Julang Kejuaraan Sulung