Selepas berbulan lamanya, akhirnya saga perpindahan Thiago Alcantara bakal terlerai.

Ini apabila James Pearce dari Athletic melaporkan bahawa Liverpool akhirnya setuju untuk membayar Bayern Munich €30 juta untuk membeli pemain tersebut.

Liverpool sebelum ini sudah menghubungi Bayern Munich untuk bertanyakan status pemain itu. Ternyata memang Bayern tiada masalah mahu melepaskan Thiago jika pemain itu mahu pergi.

Namun rundingan menjadi rumit, apabila  Bayern berkeras meminta €30 juta untuk pemain yang hanya berbaki kurang setahun kontrak dan sudah agak berusia.

Namun dengan mengambil kira inflasi harga perpindahan semasa, memang ada sebabnya Bayern enggan tunduk kepada usaha Liverpool yang mahu menawar harga.

Lihat sahaja prestasi Thiago musim lalu terutama sekali dalam kempen UCL Bayern Munich. Thiago sudah menyatakan beliau tidak akan melanjutkan kontrak di Bayern. Jadi terpulang kepada Bayern sama ada mahu menjual beliau ataupun mengekalkan beliau di Allianz Arena.

David Maddock melaporkan bahawa Jurgen Klopp telah memberikan tekanan kepada  pengurusan tertinggi untuk membida Thiago dengan membayar nilai diminta Bayern.

Ini kerana Klopp memerlukan kualiti permainan dan hantaran yang ada pada Thiago di dalam pasukannya.

Christian Falk melaporkan melaporkan selepas menerima wang daripada penjualan Thiago, Bayern merancang untuk membeli pemain baharu. Ia tidak semestinya pemain tengah kerana mereka sudah ada Tolisso untuk menggantikan Thiago.

Dan kini rundingan mendapatkan Thiago akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Rundingan terma peribadi akan diselesaikan dalam beberapa jam lagi, seperti yang dilaporkan oleh Fabrizio Romano.

Baca juga perkembangan lain

Tiada Sancho, Grealish & Bale Datang Ke United Kerana Mereka Dah Habis Duit, Kata Tim Sherwood

Berbatov Selar Tindakan Chelsea Bayar Angka Tak Masuk Akal Untuk Havertz

Mengejutkan! Benfica Gagal Ke UCL, Vertonghen ‘OG’, Pemain Buangan Mereka Cetak Gol Kemenangan