Mike Grath dari Telegraph melaporkan bahawa Bayern Munich kini bersedia untuk bersaing dalam perebutan mendapatkan Jadon Sancho.

Kehadiran pengurus baharu Julian Nagelsmann menjadi faktor penting dalam perkara tersebut.

Jadon Sancho terus dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris terutama sekali Manchester United dan kemudian dikaitkan dengan bekas kelab lamanya Manchester City.

Sancho hampir menyertai Man United sebelum ini, namun kegagalan dalam mencapai kesepakatan pada harga membuatkan Man United menarik diri.

Borussia Dortmund meminta sekitar €120 juta secara keseluruhan daripada Man United.

Nagelsmann akan memiliki opsyen pemain sayap seperti Leroy Sané, Serge Gnabry dan Kingsley Coman setibanya di Bayern nanti. Pada masa yang sama Douglas Costa akan kembali semula selepas tempoh pinjamannya di Juventus berakhir.

Bayern mengikuti secara rapat perkembangan Sancho. Jika Dortmund menyenaraikan pemain itu dalam bursa perpindahan, Bayern akan menyertai ‘pesta’ perebutan Sancho.

Dortmund dikatakan menurunkan harga Sancho kepada €90 juta. Dengan kontraknya berbaki sehingga 2023. Selain itu, Chelsea juga dilaporkan berminat dengan Sancho.

Sebelum ini Bayern Munich membayangkan mereka tidak akan membuat pembelian mega bintang kerana situasi covid yang melanda. Oleh sebab itulah mereka menyatakan tidak melanjutkan kontrak Alaba yang dituduh meminta gaji terlalu tinggi.

Walaupun pemain itu menafikan dia meminta gaji terlampau tinggi.

Seterusnya, jika Sancho menyertai Bayern, sudah tentu beberapa pemain dalam senarai dilepaskan, sama ada dijual ataupun dipinjamkan.

Baca juga artikel

Serie A: Juventus Dimalukan AC Milan, Ronaldo Berisiko Terlepas UCL Dan Beraksi Di Europa

EPL: Bruno Samai Rekod Lampard Cetak 27 Gol Semusim, Cavani Ulangi Rekod Ole Dan Chicharito

EPL: Kejuaraan City Tertangguh, Aguero Minta Maaf Kerana Panenka Yang Teruk