Koresponden Fabrizio Romano melaporkkan bahawa Sergio Kun Aguero dan Barcelona telah mencapai kesepakatan.

Kontrak semasa Aguero akan berakhir musim ini. Dan beliau sudah memutuskan untuk mencari cabaran baharu di dalam kariernya.

Aguero sudah dikaitkan dengan Barcelona sejak 2 bulan yang lalu. Ini selepas Presiden Barcelona, ​​Joan Laporta, memberikan bayangan bahawa beliau mahukan Aguero.

Aguero menyertai Barcelona dengan kontrak 2 tahun sehingga 2023. Aguero setuju menerima pengurangan gaji.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Aguero mahu beraksi bersama dengan Messi. Dengan tercapainya kesepakatan ini, ia memberikan bayangan bahawa Messi akan kekal.

Namun kapten Argentina itu masih belum memberikan komitmen beliau. Malah meminta pelepasan khas daripada perlawanan terakhir musim ini.

Aguero sudah bersetuju dengan terma dan syarat. Dan pengmuktamadan kontrak itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Fokus Aguero sekarang adalah tugasan final Liga Juara Juara Eropah pada 29 Mei ini.

Aguero akan diberikan majlis perpisahan khas daripada Man City pada aksi terakhir liga mereka. Aguero merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman City dengan 258 gol.

Dalam pada itu, Memphis Depay juga dijangka akan menyusul. Selain daripada bintang Liverpool, Gini Wijnaldum.

Baca juga artikel

Messi Tak Perlukan Trofi Antarabangsa Untuk Menjadi GOAT

TERKINI: Kane Ingin Berpindah Ke Kelab Bermain UCL, Mahu Jadi Setaraf Messi Ronaldo

Kane Bersendirian Beri Tepukan Kepada Peminat, Mungkin Aksi Terakhirnya Di Stadium Tottenham