Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa Antoine Griezmann berpotensi untuk kembali semula menyarung jersi Atletico secara pertukaran pemain dengan Saul Niguez.

Di mana laporan yang sama menyatakan bahawa kedua dua pemain tertarik dengan pertukaran tersebut.

Barcelona berusaha untuk mengeluarkan Griezmann daripada senarai pasukan mereka untuk membolehkan akaun pasukan mereka ‘sihat’ dan dibenarkan untuk mendaftarkan beberapa pemain lagi terutama sekali Lionel Messi.

Walaupun La Liga memberikan sedikit kelonggaran kepada semua pasukan dari segi kadar hutang, namun Barcelona memiliki hutang yang sangat tinggi mencecah lebih EUR1 billion.

Itu yang membuatkan mereka berusaha untuk melepaskan beberapa pemain mahal mereka, untuk mendapatkan wang perpindahan serta mengurangkan bil gaji pemain.

Griezmann sebelum ini ditawarkan ke Manchester City, namun kelab itu tidak berminat mendapatkan Griezmann. Kerana dikatakan lebih tertarik untuk mendapatkan Harry Kane atau Erling Haaland.

Griezmann kemudian ditawarkan ke Atletico. Di mana Diego Simeone dilihat terbuka menerima kepulangan semula Griezmann untuk menguatkan sekali lagi serangan mereka.

Saul Niguez menjadi nama yang diletakkan dalam senarai ‘swap deal’.

Namun semalam, El Larguero menyatakan bahawa rundingan tersebut kini berdepan kerumitan. Ini selepas Saul lebih tertarik untuk ke Liga Perdana Inggeris. Dua kelab EPL yang dikaitkan dengan Saul ketika ini adalah Chelsea dan Liverpool.

Seterusnya, Atletico dilaporkan tidak mampu membayar gaji semasa Griezmann. Jika pemain itu berkeras tidak mahu menerima pengurangan gaji. Di mana pemain itu ketika ini menerima £345k seminggu ataupun €403k seminggu.

Di mana Fabrizio Romano sebelum ini menegaskan bahawa kedua dua kelab tersebut memantau rapat perkembangan Saul. Jika pemain itu tidak ke Barcelona, maka dua kelab tersebut akan memulakan langkah untuk mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Selain daripada Griezmann, dua lagi nama penerima gaji besar yang mahu dilepaskan Barcelona ialah Coutinho dan Dembele.

Baca juga artikel

Man City Beritahu Barcelona Mereka Tak Minat Beli Griezmann

Griezmann Telefon CEO Rakuten, Minta Maaf Kerana Buatkan Dia Marah & Malu

Messi Berikan Respon Selepas Dituduh Benci Dan Jahat Dengan Griezmann

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group