Arsenal telah membuat permintaan rasmi daripada Premier League untuk menunda aksi derbi London Utara menentang Tottenham pada Ahad ini.

Ianya selepas skuad Arsenal dibelenggu masalah kecederaan, penggantungan dan beberapa pemain ke AFCON.

Arsenal membuat permohonan rasmi itu kerana tidak dapat menyediakan 14 pemain skuad senior untuk beraksi. Ianya adalah syarat yang membolehkan sesebuah pasukan itu meminta penundaan perlawanan.

Sama seperti yang dilakukan Liverpool sebelum ini. Arsenal dilaporkan hanya ada 13 pemain senior. Pemain dari skuad pembangunan yang beraksi dalam pertandingan piala tidak dikira pemain senior selagi lagi mereka tidak beraksi dalam EPL.

Dalam kenyataan rasminya, EPL menyatakan: “Premier League telah menerima permohonan untuk menunda perlawanan daripada Arsenal untuk aksi menentang Tottenham Hotspur, yang dijadualkan pada Ahad, 16 Januari pukul 4.30 petang.”

“Lembaga Pengarah Premier League akan bermesyuarat esok [hari ini] untuk menilai permohonan tersetbu dan akan memaklumkan kepada kedua dua kelab tentang keputusan yang akan diambil.”

Martin Odegaard masih berada dalam kuarantin. Takehiro Tomiyasu, Emile Smith Rowe dan Sead Kolasinac mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan dalam aksi berdepan Liverpool di Anfield.

Sementara itu, Bukayo Saka dan Cédric Soares turut dikeluarkan awal dalam aksi menentang Liverpool. Membuatkan kedua dua pemain tersebut berada dalam senarai ‘diragui’ untuk beraksi dalam perlawanan Ahad ini. Selain itu, Calum Chambers turut dalam senarai berjaga jaga.

Granit Xhaka akan terlepas aksi berdepan Spurs kerana penggantungan. Seterusnya, Pierre Emerick Aubameyang, Mohamed Elneny, Thomas Partey dan Nicolas Pepe kesemua mereka terlibat dalam Piala AFCON.

Difahamkan, beberapa kelab EPL kurang berpuas hati sekiranya Arsenal diberikan kebenaran untuk menunda perlawanan. Ini kerana tindakan mereka melepaskan Ainsley Maitland Niles dan juga Folarin Bolagun secara pinjaman pada bulan ini.

Namun jika Arsenal tidak mendapat kelulusan daripada Premier League, kelab tersebut pastinya tidak akan berpuas hati kerana sebelum ini Liverpool diberikan kelulusan dalam permohonan mereka untuk menundak perlawanan. Dan perlawanan tersebut adalah melibatkan Arsenal.

Jurgen Klopp kemudian menegaskan bahawa pasukannya menjadi mangsa kepada keputusan ujian positif yang tidak tepat. Membuatkan mereka terlepas beberapa pemain utama dalam perlawanan sebelum itu.