Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebentar tadi secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan memecat ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino selepas gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menurut maklumat rasmi dilaman sosial Facebook FAT, keputusan perlawanan pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022, dimana Thailand hanya mampu meraih tempat ke-4 kumpulan dengan 9 mata dari 8 perlawanan merupakan punca utama keputusan tersebut dibuat.

Thailand juga gagak berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia, bagi mengharungi pusinga akhir kelayakan Piala Dunia 2022 dan ia dikatakan salah satu sasaran yang ditetapkan kepada bekas ketua jurulatih kebangsaan Jepun pada aksi Piala Dunia 2018.

Keputusan itu juga menyaksikan peranan Akira Nishino bersama skuad bawah 23 tahun Thailand juga dilucutkan selepas mesyuarat laporan prestasi diadakan.

Seperti yang dapat disaksikan terutama dalam kempen kelayakan Piala Dunia, Thailand gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selain terpalit oleh beberapa isu lain yang sedikit sebanyak memberikan impak kepaada keputusan perlawanan mereka.

Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat mengenai calon-calon terbaru ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, walaupun ada ura-ura yang mengatakan bahawa ramai mahukan Kiatisuk Senamuang kembali mengendalikan skuad “The War Elephant” itu.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.

Perak FC Iklan Jawatan ‘Pemain Piala Presiden’ Melalui Portal Kerja Kosong, Gaji Sehingga RM1,999 Sebulan

Skuad Harimau Malaya Dikaitkan Dengan Perlawanan Persahabatan Berdepan Palestin Bulan September Nanti

Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000