Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu yang terjadi kepada pemain kelab Guangzhou FC yang memakai jersi nombor 88 iaitu Guan Haojin dimana beliau telah ditendang keluar oleh kelab selepas menerima kad merah gara-gara ‘menunjal’ kepala penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva.

Menurut sebuah ciapan dari Titan Sports Plus lagi, ketua jurulatih pasukan Guangzhou FC juga telah menerima hukuman pemotongan gaji sebanyak 3 bulan akibat kalah besar 5 gol tanpa balas semalam.

Bukan itu sahaja, pembantu jurulatih juga turut menerima tempias apabila dikenakan pemotongan gaji selama 1 bulan!

Insiden kad merah itu berlaku pada minit ke 69 perlawanan ketika pasukan Guangzhou FC ketinggalan dengan keputusan 4-0 kepada JDT.

Guan Haojin yang cuba menghalang gerakan Bergson yang sudah berjaya mengatasi 2 pemain Guangzhou FC dan menjatuhkan penyerang berbisa itu.

Tetapi tindakan yang memberikan satu keputusan jelas kepada pengadil perlawanan adalah apabila Guan Haojin menendang kepada Bergson selepas itu.

Mungkin tindakan yang diambil oleh kelab Guangzhou FC ini dilihat sebagai agak keras tetapi mengambil kira tindakan dari pemain serta maruah mereka sebagai bekas juara AFC Champions League sebanyak 2 kali ada benarnya.

Apa sekalipun yang berlaku, JDT telah berjaya membantu menambah 3 mata AFC MA ranking Malaysia untuk terus mengekalkan slot automatik ke kejohanan itu pada masa akan datang.

Tonton highlights perlawanan JDT bertemu Guangzhou FC dibawah.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

JDT Kukuhkan MA Ranking Malaysia, Bawa Pulang Wang Tunai RM211,774 Selepas Benam Guangzhou FC

ACL 2022: JDT Tampil Penuh Bergaya Belasah Guangzhou FC

Hadi Fayyadh Kembali Dipanggil Sertai Skuad Malaysia B-23