Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengenai senarai pasukan yang layak beraksi dalam saingan pusingan ke-3 Piala Asia 2023.

Berdasarkan kemaskini tersebut, 22 buah pasukan layak terus ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 dan hanya 4 pasukan sahaja yang akan merebut 2 slot lagi bagi melengkapkan jumlah 24 pasukan.

Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang telah layak ke peringkat kumpulan;

GSACQ2023

Manakala dibawah ini pula adalah senarai 4 pasukan yang akan beraksi dalam pusingan play-off bagi merebut 2 lagi slot ke peringkat kumpulan.

POACQ2023

Play-Off: Undian akan diadakan pada 24 Jun 2021 dan perlawanan akan dilangsungkan pada 7 September & 12 Oktober 2021.

Pada pusingan ke-3 kelayakan nanti, 11 slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 bakal menjadi rebutan dan berikut adalah format yang akan dilaksanakan untuk menentukan pasukan yang layak.

24 pasukan akan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mempunyai 4 pasukan. Juara setiap kumpulan dan 5 pasukan naib juara terbaik akan mengisi 11 slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Dengan 12 pasukan (dari WCQ R3) dan 11 pasukan (Juara kumpulan & 5 naib juara terbaik) serta tuan rumah China, akan menjadikan jumlah keseluruhan 24 buah pasukan akan bertanding dalam Piala Asia 2023.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Tajikistan FA Dedahkan Saingan Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia 2023 Bermula Pada Bulan Februari 2022.

Vietnam Cipta Sejarah Ke Pusingan Akhir WCQ 2022 Buat Kali Pertama, Muncul Selaku 12 Pasukan Terbaik Asia

Subkhiddin Tampil Beri Penjelasan Pertikaian Gol Lukaku Yang Dikatakan ‘Offside’ Oleh Netizen