Pejabat pendakwaraya Perancis telah membuka kertas siasatan ke atas Achraf Hakimi berkaitan dengan kes rogol.

Pemain bek sisi PSG itu didakwa merogol seorang gadis berusia 23 tahun.

Gadis itu telah membuat laporan pilis tentang perkara itu, mendakwa Hakimi telah merogolnya.

ESPN mengesahkan bahawa wanita tersebut tidak mahu mengenakan dakwaan ke atas Achraf Hakimi. Namun pendakwaraya tetap mengarahkan agar kes itu disiasat.

Pemain kelahiran Sepanyol berdarah Maghribi itu kini dianggap sedang dalam kemuncak kariernya.

Achraf Hakimi membantu Maghribi mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2022, menjadi bintang dalam pertandingan tersebut.

Ianya pencapaian tertinggi dalam sejarah bola sepak negara tersebut.

Pada Ahad lalu, Hakimi tidak turun beraksi menentang Marseille kerana ada mengalami kecederaan di pangkal paha.

Berita tentang siasatan Hakimi berkaitan kes rogol itu muncul hanya beberapa jam selepas pemain itu diumumkan berada dalam kesebelasan terbaik FIFA Best.

Berita ini pastinya kurang enak untuk didengar. Kerana Hakimi dikenali sebagai pemain yang disenangi ramai orang. Dia juga seringkali menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya.

Buat masa ini, kes masih dalam siasatan. Jika didapati bersalah, Hakimi pastinya akan berdepan dengan hukuman berat. Yang mungkin boleh memberikan kesan kepada kariernya.

Terutama sekali masa depannya bersama dengan pasukan sarat bintang, PSG.

Buat masa ini, PSG atau Achraf Hakimi masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi tentang kes rogol yang dikaitkan dengan namanya.