Skuad kebangsaan Indonesia bawah 23 tahun, hari ini dilaporkan telah menarik diri kejohanan AFF U23 2022 selepas 7 pemain mereka disahkan positif COVID19 hari ini.

Menurut kemaskini dari laman web rasmi PSSI hari ini, senarai 7 pemain yang didapati positif COVID19 adalah;

  1. Ronaldo Kwateh
  2. Muhammad Ferrari
  3. Braif Fatari
  4. Taufik Hidayat
  5. Irfan Jauhari
  6. Ahmad Figo
  7. Cahya Supriadi

Selain dari 7 pemain diatas, skuad bawah 23 tahun Indonesia juga mempunyai 4 lagi pemain yang sedang menjalani kuarantin kendiri selepas rakan sebilik mereka disahkan positif iaitu;

  1. Alfeandra Dewangga
  2. Genta Alparedo
  3. Muhammad Kanu Helmiawan
  4. Marcelino Ferdinan

Manakala 3 lagi pemain Gunansar Mandowen, Ramai Rumakiek dan Muhammad Iqbal masih mengalami kecederaan.

Shin Ta-yong ‘Request’ Usul Batalkan Penyertaan

Menurut maklumat dari laman web rasmi PSSI juga, berdasarkan keadaan semasa ketua jurulatih Shin Tae-yong sebenarnya telah mengusulkan untuk membatalkan penyertaan dengan menulis surat rasmi mengenai perkara itu.

Pihak PSSI telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi dan selepas keputusan ujian PCR dikeluarkan, PSSI mengumumkan untuk menarik diri dari kejohanan AFF U23 2022 di Kemboja.

Dengan penarikan diri pasukan Indonesia, saingan kumpulan B hanya akan mempunyai 3 pasukan sahaja iaitu Malaysia, Myanmar dan Laos dengan perlawanan pertama akan bermula pada 15 Februari 2022.

Malaysia telah memanggil semula 4 tonggak utama pasukan Malaysia U23 yang tidak disenaraikan untuk ke Kemboja sebelum ini bagi menguatkan pasukan.

Saksikan Piala AFF Bawah-23 siaran langsung di TV9!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Video Aksi ‘Katok Orang’ Cemarkan Perlawanan Terengganu FC II Bertemu Penang FC, Muka Adib Ra’op Berdarah

Penyerang ‘Form 5’ Sekolah Tinggi Jepun Ini Dipanggil Untuk ‘Trial’ Di Bayern Munich Selama 2 Minggu

RASMI: “Ini Mungkin ‘Challenge’ Terakhir Saya.” – Kawasaki Frontale Umumkan Chanathip Songkrasin

Sumber