Berikutan dari artikel yang dikeluarkan sebelum ini mengenai aduan pemain-pemain Piala Belia dan Piala Presiden Kelantan yang tidak dibayar, kami telah berjaya mendapatkan pengesahan dari pihak PFAM dan laporan sudah diterima.

Seramai 51 orang pemain dimana 29 dari skuad Piala Belia dan 22 dari Piala Presiden Kelantan sudah membuat laporan kepada PFAM dan akan diperhalusi sebelum sebarang tindakan diambil.

Selain itu, maklumat dari sumber yang diterima juga mengatakan bahawa gaji untuk tahun 2019 ada tertunggak sekitar 4 bulan dan untuk tahun 2020 pula tiada gaji yang dibayar setakat ini.

88248454_133323598217364_8398345545558523904_n

Apa yang lebih mengejutkan adalah bukan sahaja gaji, tetapi perbelanjaan latihan serta perlawanan ditempat lawan juga tidak diberikan oleh KAFA dan hanya mengharapkan pengurusan skuad Piala Belia dan Piala Presiden mengeluarkan wang sendiri bagi urusan perbelanjaan pasukan.

Untuk makluman, berikut adalah nama pengurus untuk kedua-dua skuad Piala Belia dan Piala Presiden Kelantan 2020;

Pengurus Belia : Prof Zaliman, Naib Presiden KAFA, dari UMK.
Pengurus Presiden : Dato Shaari, Naib Presiden KAFA

Menurut sumber kami juga, Presiden KAFA, Timbalan Presiden serta Setiausaha Agung hanya berdiam diri setakat ini tanpa sebarang perancangan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang sudah melarat selama 7 bulan ini.

Kami akan cuba mendapatkan ‘insights’ yang lebih dalam lagi mengenai perkara ini dalam artikel seterusnya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kai sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden Kelantan 2019/2020 Pula ‘Mengadu’ Tidak Dibayar Gaji Di Media Sosial

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group