Peminat Arsenal pastinya teruja mendengar perkhabaran terbaru dari UK, di mana beberapa legenda Arsenal kini berminat menyertai billionaire Spotify, Daniel Ek untuk membeli Arsenal.

Beberapa hari lalu, Daniel Eks yang merupakan peminat setia Arsenal menyatakan beliau berminat untuk membeli Arsenal dari Stan Kroenke.

Daniel bersama dengan penyokong Arsenal ketika mereka melakukan protes ke atas pemilikan Kroenke serta penyertaan pemilik kelab dalam pembentukan ESL.

Selepas itu Henry, Vieira dan Bergkamp dilaporkan berminat untuk melabur dalam pembelian Arsenal. Daniel Ek memiliki kekayaan sekitar £3.4 billion berdasarkan Forbes.

Namun anak kepada Stan Kroenke iaitu Josh Kroenke baru baru ini menyatakan bahawa kelab Arsenal bukan untuk dijual. Namun dengan penyertaan 3 legenda invicibles Arsenal itu bersama Daniel Eks ianya bakal mengenakan tekanan lebih kuat kepada Kroenke.

Sebelum ini Kroenke sudah menyatakan bahawa, mereka hanya akan memulakan perbincangan dengan mana mana pihak dengan permulaan harga £2 billion.

Walaupun Ek dilihat mungkin bermasalah untuk membayar £2 billion, tetapi beliau akan membeli Arsenal bersama dengan konsortium dan rakan kongsi beliau – bukannya sebagai perseorangan.

Eks berkata: “Ketika kanak kanak. saya membesar dengan bersorak untuk Arsenal, itu yang saya ingat. Jika KSE [syarikat Kroenke] mahu menjual Arsenal, saya dengan gembira akan melemparkan topi saya ke dalam gelanggang.”

Ek merupakan pengasas Spotify, gergasi penstriman muzik, pada 2006 – sebagai penyelesaian kepada masalah cetak rompak yang semakin parah. Spotify kini bernilai $50bn (£34bn) – memiliki lebih 345 juta pengguna dan 155 juta pelanggan / subscribers di seluruh dunia.

Sebagai perbandingan, Kroenke memiliki kekayaan £6bn dan sudah terlibat dengan Arsenal sejak 2008. Namun penyokong Arsenal semakin kecewa dengan KSE yang semakin tidak kisah dalam pelaburan untuk bola sepak.

Dalam satu forum dengan peminat pada Khamis lalu, Josh Kroenke menegaskan kelab Arsenal bukan untuk dijual. Dan beliau mempertahankan keinginan Arsenal menyertai ESL.

Baca juga artikel lain

TERKINI: Nagelsmann Mahu Tamatkan Kontrak Dengan Leipzig Dan Sertai Bayern

Piala Carabao: Tandukan Kejuaraan Laporte Buat Spurs Terus Derita Kemarau Piala Major

Perez Ingatkan 12 Pasukan ESL Tak Boleh Tarik Diri Kerana Terikat Dengan Kontrak