Baru-baru ini, Ketua jurulatih kelab bola sepak Sabah (Sabah FC), Kurniawan Dwi Yulianto mengesahkan seorang pemain Indonesia bakal mengisi kuota pemain import Asia Tenggara pasukannya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain yang dimaksudkan oleh Kurniawan ialah tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia yang beraksi di posisi sayap iaitu Febri Hariyadi yang pernah beraksi menentang Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 pada tahun lepas.

Beliau memiliki kepantasan beraksi di posisi sayap dan mampu memberi masalah kepada pemain pertahanan lawan setiap kali kali beraksi bersama Persib Bandung dan skuad Garuda.

Bagaimanapun, hasrat Febri Hariyadi untuk berhijrah ke Liga Malaysia tidak jadi kenyataan kerana terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh kelabnya, Persib Bandung walaupun sudah dapat keizinan.

Sabah FC tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kelab tersebut yang meminta pemain tersebut dipulangkan semula ke Persib Bandung sebelum tarikh perlawanan pertama Liga Indonesia musim 2021.

“Febri sudah minta izin ke Persib dan Persib mengizinkannya dengan syarat iaitu sebulan sebelum perlawanan (Shopee Liga 1) dimulai, Febri harus kembali ke Persib kerana masih mempunyai kontrak,” kata Kurniawan Dwi Yulianto kepada Bola.com.

Febri Hariyadi
Febri Hariyadi. (Foto: LIB).

“Jadi, kami putuskan untuk membatalkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Febri. Khuatir nanti kalau Liga Indonesia bermula serentak dengan Liga Malaysia, Sabah FC akan buat aduan,” tambahnya.

Pemain yang berusia 24 tahun itu pernah dikaitkan dengan pasukan Liga Super iaitu Pahang bagi menggantikan tempat Saddil Ramdani pada awal musim 2019, namun perpindahan itu tidak menjadi kenyataan

Waalaupun, gagal mendapatkan Febri Hariyadi, Kurniawan tetap akan membawa pemain dari Indonesia yang lain ke Sabah FC. Beliau masih berkomunikasi dengannya dan enggan mendedahkan identiti pemain tersebut.

“Untuk pengganti Febri, kami putuskan minggu ini.Pemain skuad kebangsaan Indonesia juga. Namun, saya masih belum  boleh mendedahkan identitinya,” ujar bekas penyerang Sarawak itu.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Media Thailand Ini Labelkan Skuad Kebangsaan Malaysia Sebagai ‘Johor National Team’

Yaya Toure Bakal Beraksi Di Liga Malaysia?

Pemain Kembar Dari Jepun Ini Intai Peluang Sarung Jersi Indonesia