Skuad Terengganu FC (TFC) mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas PJ City di Stadium MBPJ hari ini.

Dalam perlawanan ini, PJ City jelas tidak mampu bersaing dengan pasukan kendalian Nafuzi Zain yang diperkuatkan oleh 5 pemain import. Malah, tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh tuan rumah walaupun mempunyai deretan peluang terhidang.

Pada minit ke 13, TFC membuka akaun jaringan pertama melalui rembatan Dechi Marcel dalam kotak penalti hasil hantaran daripada Makan Konate di sebelah kanan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, TFC mengandakan asakan dan kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan PJ City.

Makan Konate sekali beraksi cemerlang apabila melakukan hantaran cantik kepada David da Silva lalu disudahkan dengan sepakan ‘chips’ menewaskan penjaga gol PJ City pada minit ke 87.

Dua gol TFC telah melemahkan semangat pemain PJ City dan mereka mula kelihatan keletihan di minit akhir perlawanan. Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelawat apabila Rahmat Makasuf merembat masuk gol ketiga hasil hantaran David da Silva pada minit ke 92.

Kemenangan 3-0 memastikan TFC terus berada di kedudukan kedua dengan 34 mata manakala PJ City berada di tangga ke 8 dengan 18 mata serta berpotensi diturunkan ke Liga Premier musim depan jika terus kalah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Safee Sali Disahkan Demam Denggi, Bojan Hodak Pertaruhkan Romel Morales Di Posisi Serangan

Dickson Nwakaeme Umum Persaraan Daripada Sukan Bola Sepak

Pasukan Kedah Dikuarantin Sehingga 14 Ogos

Khalid Jamlus Mahu Bantu Tajamkan Barisan Serangan Perak Secara Percuma