Kelab dari Pantai Timur, Terengganu dikhabarkan mahu mencari pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kelab itu mahu mencari pengganti kepada Christopher Herd yang setakat ini masih bergelut dengan kecederaan miniscus.

Christopher Herd yang juga bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa menyertai Terengganu pada awal musim ini setelah beraksi bersama kelab Bangladesh, Sheikh Russel musim lalu.

Namun pemain berusia 32 tahun ini bergelut untuk tampil dalam kesebelasan utama skuad kendalian Nafuzi Zain ekoran masalah kecederaan yang dialami.

Sepanjang ketiadaan Herd, pemain muda tempatan iaitu Muhammad Mohd Faudzi diberi kepercayaan untuk membarisi benteng pertahanan di samping seorang lagi pemain import iaitu Carli de Murga.

Christopher Herd
Azalinullah Alias. Sumber Gambar: Terengganu Football Club

Terengganu berdepan dengan krisis kecederaan yang menimpa pemain utama dimana dua pemain terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Azalinullah Alias dan Petrus Shitembi mengalami kecederaan ACL sekaligus merencatkan perancangan pasukan bagi saingan musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nafuzi Zain Nafi Anak Buah Terlalu Yakin Hadapi Penang

Penang Tiada Masalah Baham Penyu Di Stadium Sultan Mizan

Tok Gajah Mengamuk Belasah UiTM Di Kuantan