Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan perlantikan Tomislav Steinbruckner sebagai pengarah teknikal yang baharu bermula musim 2022.

Menurut kenyataan rasmi, pegawai yang berasal dari negara Croatia ini bakal menerajui kesemua struktur pasukan dibawah kelab itu. Beliau bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana membimbing pasukan T-Team.

“Tomislav sememangnya tidak asing lagi dikalangan para penyokong di negeri Terengganu dan Malaysia kerana beliau pernah menjadi Ketua Jurulatih bagi pasukan T-Team FC pada tahun 2015.

“Kini beliau kembali ke bumi Terengganu, untuk tugasan yang lebih besar sebagai Pengarah Teknikal dan beliau menganggap ianya cabaran baru beliau di Malaysia,” tulis kenyataan rasmi.

Beliau juga adalah antara individu yang mengilap bakat Safawi Rasid dan Arif Fadzillah ketika bersama T-Team.

Jawatan pengarah teknikal telah lama diwujudkan bagi sesetengah kelab di eropah. Seseorang yang dilantik ke jawatan pengarah teknikal selalunya diberi tugas utama untuk membangunkan program di peringkat akar umbi.

Pengarah teknikal akan dibantu oleh sepasukan jurulatih yang bertauliah untuk menjayakan program pembangunan pemain muda seperti di akademi bolasepak. Jika seseorang pengarah teknikal mengamalkan falsafah bolasepak yang positif, maka akan lahirlah generasi pemain yang positif.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Malaysia Airlines Diumumkan Sebagai Rakan Penerbangan Rasmi Liga Malaysia 2022

Aksi Liga Premier 2022 Kini Boleh Ditonton Melalui Platform YouTube MFL

Jadual Liga Malaysia 2022 Sudah Dikemaskini, Beberapa Perlawanan Akan Bermula Pukul 8.15 Malam