Pasukan Terengganu mengambil inisiatif tersendiri dalam membantu pihak yang memerlukan ketika negara ini dilanda pandemik COVID-19 dimana mereka menghulurkan sumbangan kepada tabung bantuan COVID-19 negeri Terengganu.

Perkara ini diumumkan oleh laman media sosial rasmi pasukan pada semalam dimana bantuan disampaikan oleh Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain.

“Sumbangan tersebut hasil daripada kutipan derma dari semua individu termasuk pihak pengurusan, kakitangan, pegawai dan pemain pasukan bermula pada 02-07 April 2020 lalu.

“Dengan sumbangan ini, diharap sedikit sebanyak membantu meringankan kesulitan pihak-pihak yang memerlukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) COVID-19.

Tabung
Pemain tengah Terengganu, Sanjar Shaakhmedov. Sumber Gambar: Terengganu FC

Selain Terengganu, beberapa pihak lain seperti pemain turut mengambil langkah sama dengan memberikan sumbangan berupa wang dan juga barang-barang keperluan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antara pemain yang membuat sumbangan ialah pemain sayap Selangor, Sean Eugene Selvaraj dan penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Jalil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

FAM Gesa Pihak Berkepentingan Agar Patuh Dengan Garis Panduan FIFA

Kpah Sherman Hantar Sumbangan 625kg Beras Untuk Bantu Komuniti Di Liberia Hadapi Kesusahan

Khairul Amri Bimbang Pemain Muda Singapura Tidak Dapat Tempat Dalam Liga Malaysia