Kelab bola sepak Terengganu FC (TFC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import dari Senegal, Babacar Diallo bagi memperkuatkan benteng pertahanan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut kenyataan daripada laman web TFC, pemain yang berusia 30 tahun itu sebelum ini beraksi bersama pasukan KuPS FC iaitu salah sebuah pasukan yang beraksi di saingan liga utama di negara Finland iaitu Finland Premier League.

“Babacar bersama pasukan KuPS FC juga telah beraksi di pentas eropah iaitu Europa League bagi pusingan kelayakan dan Babacar juga muncul sebagai penjaring dalam saingan tersebut. Babacar yang lebih senang dikenali dengan nama Baba akan menyarung jersi bernombor 5.

“Babacar turut mempunyai sikap kepimpinan di bahagian pertahanan dijangka bakal menjadi watak penting dalam membantu skuad kendalian Nafuzi Zain membentuk pertahanan yang lebih kukuh bagi saingan musim hadapan yang dijangka bakal lebih mencabar.

“Baba hadir ke Malaysia dengan status yang agak baik jika menyaksikan aksinya di liga Finland dan diharapkan beliau mampu untuk meneruskan rentak seperti yang telah beliau lakukan disana,” kata kenyaatan tersebut.

Ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain menyatakan tumpuannya bersama pasukan sekarang adalah untuk membina keserasian antara pemain dalam membentuk pasukan yang boleh bermain dalam satu unit dan Baba adalah antara watak penting dalam proses baginya untuk memantapkan semua posisi pasukan.

Selain Baba, TFC setakat ini sudah menandatangani dua lagi pemain import baharu iaitu Dominique Da Silva dan pemain skuad kebangsaan Singapura, Faris Ramli untuk kuota pemain import ASEAN.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Safuwan Baharudin Sah Sertai Pasukan Selangor

Liga Juara-Juara Asia 2020: Luciano Figueroa Yakin JDT Mampu Pamer Prestasi Terbaik

Jodoh Norshahrul Idlan Talaha Bersama Pahang Berakhir

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group